MY MOM FIGHT BREAST CANCER

Sis Lin
16
MY MOM FIGHT BREAST CANCER - Part One | Selamat pagi buat semua, moga harini lebih baik dari semalam. Harini Sis dengan daya kekuatan diri untuk menaip entri ini untuk berkongsi dan bercerita keadaan Emak Sis sekarang.

Emas Sis telah di sahkan kanser payudara tahap 3 baru-baru ni. Bulan 2 tahun ini baru Emak Sis pergi medical checkup sepenuhnya di HSI JB untuk mengesahkannya.

Awal sebelum itu, Emak takde mengadu apa-apa, cuma pernah kata kat Sis, macam ada ketulan di payudaranya tapi Emak juga sendiri kata, mungkin kelenjar. Sebab sekejap sakit sekejap tidak. Jadi Sis diamkan aje, cuma kata, cuba Emak tuam, kot nanti hilang. Sebab tidak terlintas di fikiran hingga fikir ianya ketulan Kanser. Kemudian cerita habis di situ, Emak takde mengadu apa-apa lagi. Emak sihat macam biasa.

Hari berganti hari, kemudian tu, Emak mengadu pada Adik Sis yang duduk bersamanya, katanya payudara dia sakit. Kadang sampai demam, Bila nak di ajak ke Klinik, taknak pulak Emaknya. Makan ubat hilang. Kami adik beradik ikutkan aja. Dan setelah lama kemudian tu, Emak dah tak tahan sakit, mengadu lagi dan Emak tunjuk pada Adik keadaan payudaranya, barulah Adik bagitau kami semua, mungkin payudara Emak tu macam Kanser. Tapi tak tahulah nak kata sebab Emak taknak pergi Klinik. Pujuk demi pujuk akhirnya Emak serah diri juga ke HSI JB untuk buat pemeriksaan. 

Pada awalnya masa jumpa Doktor Pakar tu, bila Doktor tengok saja keadaan payudara Emak terus kata kemungkinan Kanser, tapi tidak sah lagi sehingga ujian dan sample di ambil. Satu persatu prosedur dan pemeiksaan di jalankan. 

Keadaan Emak macam biasa, sihat seperti biasa, cuma emosi tu sedikit terganggu bila Doktor kata kemungkinan Kanser. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya Emak sahaja yang merasai kesakitannya. Kami adik beradik hanya mampu bagi Emak kata semangat dan jangan putus asa. 

Dan setelah hampir dua minggu kemudian, ujian makmal keluar, akhirnya SAH Emak di sahkan Kanser payudara tahap 3. Menangis Emak ketika itu. Dapat rasa kesedihannya tapi Sis ni jenis memang menahan diri. Taknak tunjuk kita ni sedih dan menangis depannya. Banyak aje berdoa untuk Emak. Nanti dia tengok anak-anak sedih, Emak lagi tambah sedih. Jadi Sis diamkan aje. Emak redha dengan keputusannya. 

Dan kemudian Doktor pakar dah terangkan apa yang perlu di buat selepas ni. Dah tentunya kena jalani rawatan Kimoterapi dan juga kemungkinan akan di bedah juga, Tapi sebelum itu, Doktor nak amik juga sample untuk payudara sebelahnya lagi, bagi mengesahkan Kanser tu tidak merebak pada sebelahnya dan juga seluruh badan. Jadi kena jalani CT Scan semua.

Temujanji semua dah di buat. Temujanji Ct Scan, temujanji Kimoterapi. Semua dah settle. Menunggu harinya sahaja. Emak emosi kadang okay kadang tak okay kata Adik. Adiklah yang banyak bersabar dengan karenah keadaan Emak sebab Adik duduk bersama Emak. 

Dugaan buat kami semua Adik beradik. Kami semua 4 orang perempuan, takde adik lelaki. Jadi faham-faham ajelah kalau dah anak perempuan ni, masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Kena bertolak ansur sesama sendiri. 

Dua minggu lepas, Emak jalani ujian Ct scan. Itupun berapa kali nak buat asyik kansel aje, sebab ujian darah Emak tak elok. Keluar masuk hospital aje Emak masuk air. Dan bila dah keluar keputusan ct scan tu, lain pulak halnya. 

Menurut kata Doktor, kanser Emak dah merebak, sekarang Kanser Emak dah tahap 4. Harapan tu susah nak kata (kata Doktor), tapi kita usaha, selagi daya ketahan badan tu ada, teruskan jalani kimoterapi. Jangan fikir mati, kalau nak mati, bila-bila bole mati. Betul tak kawan-kawan? .

Emak Sis ni kadang banyak sangat dengar cakap orang. Yang orang pulak bercakap seolah menakutkan dia. Doktor dah pesan jangan dengar cakap orang. Rawatan kimoterapi tu pun, lain orang lain rasanya. Semua tak sama. Jadi kami adik beradik banyak bagitau Emak, jangan fikir cakap orang. Kuatkan diri dan kosongkan minda, jangan fikir nak mati aja. Biasalah orang tua ni kan, kalau sakit aje tak lain di sebut, mati aje hu hu hu.

Dan semalam, alhamdulilah Emak Sis selamat jalani kimoterapinya yang pertama.
Okay yang tu nanti Sis kongsikan lagi ya.
Bersambung part two pulak ya.. 

Kanser Payudara
Memomohonkan doa untuk orang sakit supaya cepat sembuh ialah sesuatu yang sangat dianjurkan bagi seorang muslim. Bukan hanya untuk keluarga, kerabat, sahabat terdekat dan orang-orang yang kita kenal, akan tetapi untuk semua muslim yang kita ketahui.

Dengan mendoakan kesembuhannya, kita juga sudah melakukan amal sholeh yang insya Allah bernilai pahala. Namun, doa yang diucapkan untuk kesembuhannya haruslah merupakan doa yang tulus dan dengan niatan yang baik pula.

Doakan Emak Sis ya!! 


P/S: Ada sesiapa yang ada tips pemakanan untuk orang kanser ? Sila share di komen ya ..

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. orang kanser ni satu je lin, kena jadikan dia sentiasa positif & kena selalu happy.. sbb kanser ni, klu makin kita sedih, makin kita mcm ptus asa, lg cpt dia merbak. minta adik2 semua sentiasa ceria dan ckp yg positif2 je agar dalaman dia pun akan happy sesajo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah @Anakomak, kitaorang memang pesan kat Mak, tak yah dengar org cakap macam-macam. Fikir diri sendiri dan hepikan diri sendiri aja..

      Delete
  2. semoga emak sis dan sis sekeluarga terus tabah hadapi apa jua ujian.

    ReplyDelete
  3. Sis Lin selalu bagi semangat kat emak ye..semoga emak sis kembali sihat..insyaAllah keajaiban xmustahil kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah @Faizzahamir..Terima kasih ya..

      Delete
  4. assalamualaikum lin...semoga dipermudahkan urusan n cpt sembuh mama lin tu yer...cedih baca luahan rasa lin...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull.. Makaseh Maa..aamiinn Ya Rabb ...

      Delete
  5. sekejap jer.. masa Lin ckp hari tu baru stage 3 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak @SeriKandi, selepas Ct Scan tu baru dpt tau cancer tu dah merebak...Redha aja..

      Delete
  6. Allahu. Smiga diberi kesembuhan amin.. dlu ad sedara yg kena breast cancer tp fia amalkan brown rice. After brtahun jugak la diagnose balik ckp that cancer gone. InsyaAllah. Allah yg memberi kesembuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn @Ayunie, insyaAllah..itulah harapan kami semua. Moga Emak kuat! TQ Ayunie ...

      Delete
  7. insya'Allah sis...semoga mak sik diberi kekuatan untuk melawan sakitnya..ameen..

    mak saya dulu pun macam tu, pergi pemeriksaan percuma, dikata ada ketulan, kena pergi hospital buat mamogram..masa tu, mak memang down, fikir pasal mati aje..bercakap kat telefon pun nangis sampai tak dapat nak berbual..

    dalam hujung tahun lepas, doktor kata ketulan dah takde..Allah..tapi ada sakit lain pula yang muncul..macam tu la kan bila usia kita semakin meningkat..badan kita da tak kuat..moga2 Allah pelihara orang2 tua kita ya...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Sunah macamtulah. Emak tak habis-habis sebut mati, dah banyak kali pesan dah. Tapi sekarang alhamdulilah dah boleh redha.

      Emak pun dah sekali buat kimo katanya nampak badan makin sihat pulak, alhamdulilah..
      Terima kasih @Sunah ..

      Delete
  8. Semoga emak sis kuat semangat melawan penyakitnya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!