ASAM PEDAS CLAYPOT JOHOR | Orang Johor kalau sebut aja asam pedas memang terliur punya, hari-hari menu asam pedas pun tak jadi masaalah. Lagi kalau pergi travel ke negara orang, aishh 3 hari jer dah rindu masakan asam pedas, betul tak? Cuma kalau kata asam pedas claypot tu biasanya kita tau hanya kat Melaka aje yang sinonim dengan claypot ni. Siapa pergi Melaka mesti biasa makan kan?
Tapi jangan risau, khas untuk orang Johor , asam pedas claypot melaka juga sudah berada di Johor. Jadi tak payah susah payah dah nak ke Melaka sana nak makan dan rasa asam pedas claypot ni. Rasanya pun sama macam Sis cuba yang kat Melaka tu (yang area Taming Sari tu).
Gambar copy dr FBnya, tak sempat nak amik gambar depan kedai. Cuaca panas kemain masa tu. |
Macam biasa kalau anak Sis yang sulung tu balik Johor, dia memang suka explore sana sini tempat makan yang best dan nak cuba. Jadi sampailah Sis di sini. Kebetulan Sis baru balik dari event Texas Chicken , jadi perut masih kenyang lagi. Maka Sis bagi pilihan ajelah kat anak Sis mana tempat dia nak makan.
Dia kata nak makan asam pedas, google punya google maka sampailah kami semua ke sini. Sis kebetulan selepas makan nak ke Zoo, dah berjanji dengan anak saudara si debab Mia tu nak bawa dia ke Zoo, makanya Sis amik dulu adik Sis dan Mia, sekali bawa pergi makan di sini. Kemudian kami ke Zoo .
Lokasi tempatnya senang nak cari. Betul-betul di pusat bandar Johor. (area sepanjang jalan Burger Byte) . Senang nak cari sebab dia tepi jalan aja. Parking pun senang, ada metro parking dalam tu. So parking aje dalam tu masuk dalam, bukan parking tepi jalan. Kang ada kena saman uii.
Konsep kedainya ala-ala kat Melaka gitu, terbuka dan berangin. Memang menghadap jalan tapi masih selesa dan tidak panas. Tengok si debab Mia, kemain merah padam pipi, bolat macam pau hahaha.
Ini antara menu yang di sediakan. Macam-macam jenis asam pedas ada. Jadi korang boleh pilih nak asam pedas apa dan juga ada menu pilihan sampingan kalau korang nak.
Tidak terlalu mahal dan berbaloi kalau korang dah rasa asam pedasnya. Sedap...tu je nak kata.
Anak Sis apalagi, mesti pilihan dia asam pedas ayam le, menu kegemaran dia. Mana-mana pergi, termasuk kalau kat rumah, kalau balik Johor mesti minta masak asam pedas ayam. Kalau yang tak biasa dengar dan makan asam pedas ayam, memang rasa pelikkan, tapi sedap wuii, kena cuba okay.
Menu kat sini siap pakej, nasi + telur asin + sayur kubis goreng macamtulah. Yang telur dadar tu anak Sis order. Sis dan adik Sis tak makan, sebab kami dah kenyang. Melayankan si anak Sis aje haritu .
Kalau tengok memang nampak macam cair, tapi bagi Sis sedang-sedang jer. Tidak terlalu cair dan juga tidak terlalu pekat. Yang penting rasanya. Memang sedap! Betul-betul punya rasa asam pedas.
Dalam kuah tu pun ada terung dan juga bendi. Ayamnya ada dua ketul. Sedang-sedang besar tapi seriuslah kata memang sedap. Anak hirup sampai licin kuah hahahah dasat kannn.
Jadi apalagi, Korang boleh cuba.
Terletak di alamat :
54 , Jalan Ibrahim , (10.91 mi) Johor Bahru
Di buka setiap hari bermula jam 11am hingga 12am .
atau bolehlah ke facebooknya :
Selamat menjamu selera korang ..
P/S: Makan dan makan aje, malam ni pun ada event review makan lagi, makan lagi hahahaha
Pernah makan kat sini masa dia baru buka
ReplyDeleteTu laaa kita baru tau Kak @Seri hehehe..
Deletesuka juga asam pedas tapi tak lah giler asam pedas.sesekali makan..sedap..
ReplyDeleteJanji Kita
Rumah Sis semua berhantu asam pedas, kalau dalam semnggu dua kali juga masak asam pedas @Mar ..
DeleteUihh.. Sedap asam pedas Melaka ni..
ReplyDeleteKannn @SitiRohaida, sedap ko, lagi pulak guna daun kesum, biasa Melaka letak daun limau purut ..
Deleteyeay soon nak pegi Melaka lagi boleh cari asam pedas. hari tu pi time raya semua tutup ihi..
ReplyDeleteKalau yang Melaka memang power kann @Siti, tak sah kalau ke Melaka tak makan asam pedas kan..
DeletePerghhh dah tayah pergi Melaka laa cmni. Yayyy!! SERBU!
ReplyDeleteKann kannn ajommmm @Uyul..tunggu gaji hahahaha
Delete