KELAB MINUMAN SIHAT 'LIFE NUTRITION HUB' | Berapa kerap korang rasa lapar? Atau adakah korang jarang membenarkan perut korang berasa lapar kerana makanan berada di mana-mana dan korang menyuap makanan ke mulut korang hampir setiap masa?
Macam Sis ko hahahaha. Habis dah depan mata kan, bedal aje ler :p
Lazimnya apabila korang berasa lapar, lebih-lebih lagi ketika berpuasa dan menikmati sesuatu makanan, ia memberi keenakan tersendiri. Hidangan terasa lebih sedap dan nikmat apabila dimakan ketika rasa lapar. Dan peluang ‘lapar’ seharusnya digunakan dengan mengambil makanan yang sihat seperti sayur, buah dan makanan rebus, khususnya bagi mereka yang sedang berdiet. Ini kerana kelaparan itu sebenarnya ada kebaikannya tersendiri untuk kesihatan. Jika korang berpuasa atau melayan rasa lapar menggunakan kaedah tertentu, korang akan mengalami beberapa kesan positif pada kesihatan korang.
Menurut satu laporan kajian oleh Science Daily, lapar sederhana sebelum makan mengekalkan kadar gula dalam darah rendah termasuk selepas makan. Perkara itu dibuktikan menerusi penyelidikan yang membabitkan segolongan individu yang lapar dan sebaliknya. Kajian itu mendapati kelompok yang lapar sederhana mempunyai kadar gula darah yang rendah berbanding mereka yang tidak lapar.
Oleh yang demikian, di Kelab Minuman Sihat Life Nutirition Hub ini, mereka menawarkan minuman kesihatan yang boleh membantu anda dari berlapar dan sangat mengenyangkan. Dengan minum segelas aje setiap pagi, korang sudah rasa kenyang dan bertenaga hingga saat menunggu makan tengah hari.
Segelas minuman kesihatan ini memberikan badan kita cukup nutrisi setiap hari, badan mampu untuk pulih dan sihat dengan sendirinya dan proses penurunan berat badan berlaku secara semulajadi.
Bagaimana korang boleh kurangkan berat badan dengan minuman kesihatan ini?
Mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan atau kinuman, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.
Jika situasi ini berlaku setiap hari, tidak kira umur, jantina atau berat sekarang, korang akan
berjaya mengurangkan berat badan dengan efekfif, sihat dan selamat!
Sebab itulah di Kelab LIFE NUTRITION HUB ini, mereka mengajak korang semua datang ke tempat mereka dan rasai sendiri minuman kesihatan ini sambil duduk bersama-sama bertanya dan bersembang masaalah kesihatan yang korang alami. Jangan risau, mereka semua peramah-peramah dan tak lokek ilmu, mereka pakar dalam bidang kesihatan ni.
Di mana?
Kelabnya terletak di belakang area Pasar Kampung Melayu, berhadapan dengan Restoran Faridah.
Alamat di: 10, Arkeb Mara, Jalan Sekolah, Kampung Melayu Majidi,Johor
Telefon: 016-7453991 atau 016-7817779 (Kak Abby)
Di buka setiap hari dari jam 8.30am hingga 12pm
Korang boleh datang terus, dan duduk minum di sana. Mereka akan sediakan 1 gelas minuman shake dan segelas minuman Teh Mix tu. Minuman shake tu pun korang boleh buat pilihan nak perisa apa, dan akan di campur juga dengan buah-buahan. Enak sungguh rasa dia.
Sis, Sunah dan Farahain banyak mendengar tips kesihatan yang Kak Abby jelaskan mengenai minuman kesihatan ini. Bestnya kat sini, korang tak payah la susah-susah nak bancuh kat rumah, datang, minum dan pergi. hehehehe .
Penting!!!
Korang perlulah minum air dengan mencukupi bagi memastikan proses penurunan berat badan korang berjalan dengan efektif. Air adalah agen pengangkut dan pembersih. Jika air tidak cukup, kalori yang di bakar dan bahan toksin yang harus dikeluarkan dari tubuh tidak dapat di singkirkan
Kepeluan air untuk seseorang adalah berbeza-beza. Setiap 25 kg berat badan, korang perlu minum 1 liter air. Jadi jika berat badan korang 75 kg, korang perlu minum 3 liter air.
Walaubagaimanapun, korang disarankan minum lebih dari yang sepatutnya agar penurunan berat badan lebih cepat. Minum air sepanjang hari cara sedikit-sedikit. Cara ini lebih mudah dan efektif.
Cara yang paling baik adalah dengan makan makanan berkualiti dengan jumlah yang sepatutunya ditambah dengan minuman kesihatan dan senaman yang konsisten. Tetapi malangnya tidak semua yang berdiet mampu lakukannya.
Ingat jangan fokus sangat minum untuk KURUS okay, tapi fokus pada nak SIHAT okay.
Nak tahu lebih lanjut, jom singgah ke Kelab Minuman Sihat 'LIFE NUTRITION HUB' .
Terima kasih Kak Abby dan the Team ..Tahniah!
P/S: Korang pergilah, ni kelab kawan Sis, korang datanglah minum dan lepak kat sana, nak bawak botol air besar pun boleh buat isi teh mix tu hahahaha..derang tarak lokek maaa. Kan Kak Abby kan. :)
Excited plak Mak Inche baca
ReplyDeleteKannn Kak @Seri, jomm kak kita masuk 'kelab' hehehehe
Deletebesttt...jom pergi lagi nanti! bukan setakat sebab air, tapi sebab suasana positif kat situ..seronok rasa.. :)
ReplyDeleteJommlah kita @Sunah, sambil minum sambil ceduk ilmu kan heheheh
Delete