Surat Rasmi Nak Kawin Lagi?

Sis Lin
17
Salam semua...
Pagi ni Lin dpat email dr seorang kawan, tajuk email tu agak pelik sikit, biar x betul ni, ok meh kita baca sama yer...keh3



Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi

Posted:
Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

28 Ogos 2008

Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Harisyang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di
isi di masa akan datang.


3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan
untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.


4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan
seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya
dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?


6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk,
ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.


7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.


8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.


BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki


إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ehehehe...ada jugak ke org laki buat surat cam gini??

    ردحذف
  2. Yanmie:Ntah la..Sis dpt email kawan bg..giler ke pe lelaki tu...cuba la...keh3

    ردحذف
  3. Masviona:Bukan kelakar lg,dh tempah lobang la tu klu nk cuba2 mghntar...hahahaha

    ردحذف
  4. hehehe..kite dah lama dpt emel nih.. hahahah...memang bagus lelaki nih..siap bg borg lagi...

    ردحذف
  5. Teringin gak nak tahu cemana surat jawapan dari Isteri binti Perempuan... hehehe

    ردحذف
  6. Di dah sah2 gatal ni..ni kena jumpa Kasawari pas ni..bagi dia beli minyak cactus tu 30 kotak kah3

    ردحذف
  7. Qaseh:Ini lelaki yg berani mati Qaseh,jujur x bertempat,cr nahas blk uma tu...keh3

    ردحذف
  8. MamaFami:A'ah ek..tp cmne nk hubungi itu isteri dia...nnti Lin try nk mmbalasnye...hehehe

    ردحذف
  9. Ct Delima:Mmg gateii dh tu,klu sapu mnyak pun dh x sempat lg CT...mmg nk sutt je tu...keh3

    ردحذف
  10. hahaha..kelakar laa sis..gelak2 juge..mata kena perhati..

    ردحذف
  11. eheh. surat nie bley incek liquid bt rujukan neh..!! hehehe

    ردحذف
  12. jumpa surat ni dalam kompressor ker.. wa ka ka

    ردحذف
  13. Tihara:Mmg lawak kan,ada ka ptut gitu..keh3

    ردحذف
  14. Liquid:Amboii nk mencuba eh?cuba la kalau mau perang dingin...wakakakah

    ردحذف
  15. Kasawari:Oii manyak la,a'ah si cik abg kalau mau cuba,try la hntr,mau potong kontot kang..muhahaha

    ردحذف
  16. sengal nyer laki...
    ha ha ha

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!