Aku Pun Tak Setuju!!!

Sis Lin
7


Salam semua...
Sekadar ingin berkongsi....
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak jenama kopi masuk dalam pasaran tempatan. Yang terbaru adalah Kopi Janda yang dipasarkan oleh Janda Product Marketing (JPM). Menurut JPM menerusi laman webnya, antara misi utamanya adalah untuk memikul tanggungjawab sosial dengan membangunkan Janda (ibu tunggal) untuk menjadi usahawan di rumah (Industri di rumah) dan bertanggungjawab memasarkan produk keluaran Janda sama ada produk makanan/minuman atau pakaian.

Namun terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan jenama serta iklannya. Ada yang menganggap iklan kopi tersebut berbaur seks dengan model seorang wanita yang separuh usia. Ungkapan "..jemput minum Kopi Janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga.." tidak disenangi oleh sesetengah kaum wanita yang bergelar isteri.

Penulis sempat menemubual salah seorang staf di pejabat mengenai kopi tersebut. Beliau yang kini sedang mengalami masalah rumahtangga apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain di tempat kerja. Hubungan mereka memang telah diketahui oleh semua kakitangan lain di tempat suaminya bekerja.

Menurut beliau, setiap kali bila mendengar iklan Kopi Janda berkumandang di radio, beliau akan merasa sedih dan kecewa. Apatah lagi, wanita yang menggoda suaminya adalah seorang janda. Beliau yang sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa orang bomoh mendakwa suaminya telah terkena 'buatan' wanita tersebut. Suaminya kini sudah tidak menghiraukan lagi tanggungjawabnya terhadap isteri serta anak-anak.

Tambah beliau lagi, mereka yang bergelar janda atau yang akan bergelar janda akan merasa malu, sedih dan rendah diri seolah janda ini adalah satu golongan yang boleh merampas suami orang. Bagi mereka yang bergelar iseri pula, apabila didapati suami gemar minum kopi ini seolah gelaran janda ini akan jadi kenyataan kepada mereka.

Beliau mempersoalkan mengapa pihak syarikat JPM menggunakan jenama Janda sedangkan banyak nama lain boleh digunakan. Begitu juga ungkapan yang terdapat pada iklan tersebut yang seolah cuba melariskan jualan dengan cara yang 'menggoda dari janda'. Syarikat tersebut langsung tidak mempunyai perasaan langsung dengan meletakkan nama janda, iaitu suatu gelaran yang memang tidak diingini oleh setiap wanita.

Begitulah luahan beliau kepada penulis tentang Kopi Janda ini. Bukanlah beliau membantah kopi tersebut, cuma tidak bersetuju dengan nama yang digunakan. Beliau kini yang sedang dalam proses kaunseling amat berharap agar rumahtangganya dapat diselamatkan dan terhindar dari mendapat status janda.

Sumber:
http://abuazri.blogspot.com/



P/S: Mmg x sesuai!!!... Agak2 korang, nama apa yg sesuai ek?..ermmmm

Tags

إرسال تعليق

7تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. 'kopi janda sehebat namanyer..'

    mmg sesuai dan combi setuju kalo semua org berfikiran positif sbb ramai janda berjaya mendidik anak-anak menjadi manusia bkn SETAN tau.. :)

    tapiii..

    problem disini asal sebut 'janda' mesti org pikir bende yg negatif jek..borink!

    hebatnyer jadi janda smpi dikomersial ekk.huhh

    ردحذف
  2. Tak ada apa pada namanya.. cuma kalau orang berfikiran negetif, negetiflah jadinya.


    Kalau ada kes org lelaki dengan janda.. jangan 100% persalahkan janda tu, mungkin ianya bermula dari lelaki tu dulu.
    :D

    ردحذف
  3. Dasat betul cerita kopi janda nih .....harap -harap akan datang keluar pulak kopi duda...hheheh

    ردحذف
  4. tepuk sebelah tangan xkan bunyi.. so, jgnla salahkan sebelah pihak je.. macam minyak lintah, tokey company tu pumpuan tau, tapi niat asal nak jual ubat tu untuk kukuhkan rumahtangge si pembeli tu, tapi kalau dah niat si pembeli tu nak buat jahat, tu bukan salah mane2 company yg kluarkan produk tu.. kalau dah masyarakat asyik pandang negatif je, smpai bile melayu tak maju.. bisnes kenela berani tanggung risiko, sooo.. renung2kan la.. kalau rase tergugat ngan golongan jande, pikatla semule hati suami tu.. cari salah sendiri lebih baik dari duk ngutuk je.. sekian.. hehe.. (walaupun belom try dan blom kawen, dir rase terpanggil nak cite jugak.. hehe)

    ردحذف
  5. rasanya ni strategik pemasaran jer nak guna nama Janda tu.. tapi dia org kena lah sensitif kan..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!