Puasa & Kurma..

Sis Lin
5




Salam semua...

Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar.
Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar di bulan puasa dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.
Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

1. Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.

2. Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

l3.Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

4. Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.

l5.Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.

6. Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.

Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air.
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan.

Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa.






Tags

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kurma yg cantek dan sedap mahal ler sket.macam dlm kotak yg mama beli tu rm7.99 kat giant tp kalau kat luar lagi mahal lin..adehhhh :(

    jom gi mekah mkn kurma free..hiks :D

    ReplyDelete
  2. mmg feveret la kurma ni bila nak pose..

    ReplyDelete
  3. suke kurma yg ada badam or hazelnut kat dlm tuh n jugak kurma yg disalut coklat....ermmmmm sedapnya...:)

    sbrnya kurma nih kalu mkn mm tuh pun byk khasiat dia tuh

    ReplyDelete
  4. nanti sis hantar kat lia buah kurma ekk hahhahah sedap .. dan bertenaga makan ..

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa sis.
    pasni entry masing lauk tuk berbuka je la memanjang.
    hehehe!~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!