Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah atau Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).
P/S: Bila 15 Sya'aban dtg, maka tggl hanya 15 hr saja lg menjelang Ramadhan..cepat betul masa berlalu..
awl nye beli baju raye sis lin..
ReplyDeletetakot abes stok ke??
raya jangan tak raya...eh pose belom lagik
ReplyDeleteadeh..baju mlayu terlupa nak p tempah la...
ReplyDeletebagus info ni..
ReplyDeletemama dah abis ganti posa..nak kawankan precious jer nnt.. :)
thanks untuk info nie..
ReplyDeletesayangnyer i tengah kibar bendera jepun