Wanita lahir bayi lelaki dalam pesawat Airasia
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi. Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya. Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe berkata, wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang. "Sebaik mendarat, ambulans yang sudah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup. Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini. "AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya.
Sumber dr MyMetro
best tuuu. nk beranak dlm kapal terbang gak lah, hihi
ReplyDeleteseumur hidup......
ReplyDeletesyok nyeeeeeeeeee
=D
heheheheh
lepas ni jadiklah pulak maskot/ duta air asia. tu lagi masyukkkk ~
ReplyDelete>>__________<<
sekali seumur hidup tue..
ReplyDeletebkn senang nak dpt peluang cmtue..
hee...
-maiza-
Dulu kan kak LIn, sy nyaris je dilahirkan ketika flight. Tapi ayah sy cancelkan flight sbb mak sy macam dah x larat.hehehe... Kalu x, dapatla sponsor seumur hidup.
ReplyDeletekalau muda lg leh lah beranak dlm kapal terbang lin... ni dah cukup umur x leh nak beranak lagi hahaha
ReplyDeletese umur hidup? bestnya...apa lagi lin?
ReplyDelete