Salam semua..
Semuga Din Beramboi kuat dan di jauhkan dari segala yg tidak di ingini, mari lah kita sama2 berdoa untuk kesihatan Din beramboi..
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS), Isnin lalu disahkan dijangkiti demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan tenat dan kritikal.
Pengarah HS, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, berkata Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome.
“Dia mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal,” katanya yang dihubungi malam tadi.
Sementara itu, Isteri pelawak itu, Suhaini Che Man, berkata suaminya sempat berpesan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga selepas selesai malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009), Ahad ini beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, Din Beramboi memberitahunya, dia mendapat cuti selama 10 hari selepas ABPBH yang berlangsung pada 4 April ini.
“Dia berkata mahu berehat secukupnya dan meluangkan lebih masa bersama anak-anak dengan membawa mereka berjalan ke Genting Highlands.
Lagi cerita selanjutnya di MyMetro..
Semoga Din Beramboi diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya ini. Sama-sama kita berdoa untuk beliau...
ردحذف