Penawar migrain !

Sis Lin
1

Salam semua...

Disebabkan kesian sangat dgn member Lin,Anna tu yg sakit migrain, so terlintas plk nak carikan dia penawar penyakit tue, mmg klu dh kena sakitnya hanya tuan punya kepala je yg tahu, bukan sakit sikit2 punya, skli dia dtg sakit, akan berlarutan sampai rasa nak makan owang jek kan..
So bg yg dh tahu sesiapa ada migrain tuh, kowang jgn le bikin panas hati dia yek..kang tak paal2 api naga keluar je kt atas kepala dia..AWAS!..hahahahaha
"Anna..ni kak Lin bg tips sikit yek..copy dr Forum jek nie.."hehehehehe

Magnesium adalah mineral yang paling berkesan untuk mengatasi masalah migrain dan sakit kepala. Penulis “The Green Pharmacy” Dr James Duke berkata, “Kajian saya tertumpu kepada hubungan di antara magnesium dan sakit kepala, dan saya dapati bahawa kekurangan mineral magnesium di kalangan pesakit telah didapati penyebab utama kepada sakit kepala dan migrain.”

Penulis Corrine T. Netzer dalam bukunya “Big Book of Miracles Cures” menyatakan magnesium mempunyai ciri-ciri rawatan dan perlindungan. Beliau mendapati magnesium berupaya:

• Mengelak serangan sakit kepala
• Memendekkan tempoh serangan sakit kepala
• Mengurangkan kesakitan sakit kepala
• Mengurangkan simptom loya dan sensitiviti yang tinggi terhadap cahaya dan bunyi
• Mengurangkan kekerapan berlakunya sakit kepala
• Memberi kelegaan semasa serangan sakit kepala

Kebanyakan penyelidikan telah mendapati paras magnesium yang rendah telah dihubungkaitkan dengan migrain. Berikut adalah tiga hasil kajian utama yang telah dijalankan:
Kajian menunjukkan migrain disebabkan oleh paras magnesium yang rendah dalam otak.Swanson D.R. “Migraine and magnesium: Eleven Neglected Connections.” Perspect Biol Med. 31:526-557, 1998.
Kajian menunjukkan paras magnesium pada otak pesakit migrain sangat berbeza berbanding dengan paras magnesium individu yang normal. Paras magnesium adalah sangat rendah ketika serangan sakit kepala.Ramadan N.M., Halvorson H., Vande-Linde A., et al: “Low Brain Magnesium in Migraine,” Headache 29: 590-593, 1998.
Kajian ini menunjukkan dos magnesium 600mg sehari dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya serangan migraine secara berkesan.Peikert A. “Prophylaxis of Migraine with Oral Magnesium: results from a prospective, multicenter, placebo controlled and double-blind randomized study” reported in Cephalalgia 6(4): 257-263, 1966.

Kebanyakan para penyelidik mencadangkan dos magnesium 350-500mg sehari.



P/S: Apakata ko makan je Ana, buah tunjuk langit mcm mak kak Lin tue..Wana sampai ilang kejap sakit kepala dia td kan..hehehehe

With Love

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam caiyang...

    Tq kongsi info migrain nih. Mama takdak migrain. Tapi kalu stress kerja opis banyak, tak cukup tidor or rehat memang sakit kepala. So, mama make sure mesti tidur cukup, minum air suam and mineraland also not to forget air yassiin banyak2...ekekekek

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!