Hukum memakai sanggul tinggi di tudung.

Sis Lin
19
Salam semua...

Harini Lin nak kongsi info pasal pompuan pakai tudung ni, yg sebenarnya dlm beberapa harini, Lin rasa mcm nak beli/order sanggul scarf tudung tu, tp ada plk desas desus yg mengatakan haram dan tak elok dr segi Islam memakainya, iye ke? ke Lin ni yg tertinggal cerita yek, ni le baru Lin tau, puas dok berteka teki, boleh ke tak boleh ke, tp setelah di fahami dan di hayati, kira bukan haram, cuma ada cara dan tujuan memakainya, tp mmg le klu di lihat dr segi penampilan sesaorg tu, mmg agak ghairah sikit bila memakainya, tp ikut niat dan tujuan masing2 la yek..
Yg penting, aurat tu kena tutup yek..bukan saje utk kecantikkan..:)
Jom kita kongsi info yg Lin petik dr Ustaz Noramin.


Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di 
sini.



P/S: Ermm cmne ek, nak beli ke x, ye la kita ni rambut ciput, klu pakai tudung, meleper je kat belakang, tp skli pakai sanggul ni, terjojol plk..besau sangat ek?..huhuhuhu


With Love

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Innz: Thankx Innz, mmg rasanya tak beli kot..huhuhu :(

    ReplyDelete
  2. salam akk..
    saya dah tahu benda ni lama..
    ia kalau kita tengok lebih kepada pemberitahuan kepada umum yg kita ada rmbut panjang kan..
    jadi automatik org akan tau rambut kita panjang..
    walhal org luar tak boleh tahu pun panjang mana rmbut kita sebagai wanita yg menutup auratnya..

    jadi pada pengamatan saya, boleh jika nak beli tudung jenis mcm tu tapi jgn buat sanggul tinggi2..

    make it simple..
    yg penting dpt keredhaan kan..heeee

    ReplyDelete
  3. ramai juga yg ikut trend ni skarang kan

    ReplyDelete
  4. Nour Eyza: Sis bru tau itu dok berteka teki ni Nour, itu le, kita ni rambut pendek sedangkan bila pakai je sanggul tu terus naik besar plk sanggul tu, konon2 rambut kita, tgh msh lg dok fikir2 nak beli ke x ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Nur: mmg trend wanita bertudung skrg nie..bila pakai mmg nmpk cantik..Nur? ada ke?

    ReplyDelete
  6. rambut pun takde, mcm mana nak buat sanggul sis :D

    ReplyDelete
  7. Ch@: Sbb xde rambut le skrg ni jual scarf sanggul tu Ch@ tu..huhuhu

    ReplyDelete
  8. thanks kak sebab sudi berkongsi...

    ReplyDelete
  9. I ada gak bangkitkan isu ni kt blog I awal tahun ni..mmg dah heboh dah topik ni dr dulu lg..malah nampak gayanya celebrity yg menjadi 'Contoh' dlm artikel tersebut pun skrg dah tak membonggolkan lagi kepalanya dlm pose2 katalog tudung tersebut...maybe terbaca teguran tersebut kot...kesian dia, wajahnya terpapang di mana2 blog...padahal beliau melakukannya dlm keadaan tak tahu. I pun sebenarnya minat dgn fesyen tu..tp dah sana-sini ada yg kata haram..segan plak I nak menongkah arus.

    ReplyDelete
  10. Shay: sama2..kita berkongsi ilmu, apa salahnya..:)

    ReplyDelete
  11. Miss Miror: Itu le, Sis bru tau, itupun ada dengar2 lama dh, cuma ye x ye je jawabannya, bila baca dan fahami bru la kita faham kenapa dan mengapa..:)

    ReplyDelete
  12. salam sis lin...

    sy mmg dh bnyk membaca psl info ni..
    bnyk yg kata haram, ade jgk yg kata boleh sbb maksud tafsiran hadith itu sendiri...bonggol unta yg lenggang lenggok..bonggol unta tu kita mksudkan sbg sanggul, yg lenggang lenggok tu??mksudnye?tu yg sy nk tau...kalo sis dpt cari tafsiran yg lebig details, sy sgt terima ksih sgt2...

    kite dok cover bonggol atas kepala, bonggol depan, belakang semua tak risau sbb benda dh lali tgk kan....sy bkn nk argue ape2 tau sis apatah lg nk menidakkan benda ni...
    cuma sy ingin sgt2 kepastian dr kesasihan...semua ustaz bg tafsiran...yg mane satu btol masih menjadi tnda tnya...

    pakai bju pon satu hal gak, lengan pendek, pakai tudung..huhh...pakai tudung nmpk rambut lak sbb tudung nipis...cmne tu....

    ReplyDelete
  13. terdapat hadis Nabi s.a.w. di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w:

    “Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim).

    Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai sanggul yang besar. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merongkaikannya ketika mandi wajib.

    *dipetik dr Dr Asri

    ReplyDelete
  14. Yanna: susah nak di tafsirkan lah Yanna..tp klu nk di pastikan cuba Yanna surf dn cr search di intenet, sis pun petik dr mana yg dpt aje..tu pun hanya utk diri sendiri..

    klu nk rungkaikan panjang2 mmg tak tau la nk ckp..huhuhu

    ReplyDelete
  15. Anonymous: thankx 4 the info..mmg sis dh byk baca pasal masaalah ni dn hanya utk diri sendiri saje yg boleh memahami dn fikirkan..

    thankx sangat2 ok.. :)

    ReplyDelete
  16. salam..
    xperlu fikir2 lagi.JANGAN BELI.
    “Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” (Riwayat Muslim). <----yang ni Allah bgi kemudahan masa nk mandi.xde kena mengena dgn tudung bsanggul.
    pndpt saya..klu pakai tdg sggl ni..wlwpn bgntung kpd niat(sy xphm niat yg mcmn???)..bila kuar rumah laki bukan mahram tgk dn trgsg syahwat dia..kite tetap bdosa.
    lawa ke sggul ni????heran2

    ReplyDelete
  17. Klau tggi sgt dh cam yg dlm pic maizawati tu, aku rasa x cantik langsung. tp len org len pendapatkn.. Wlau pn niat kita x nk menarik perhatian, ttp cara tu mmg dh semulajadinya menarik perhatian kn??? Btol x? Ble dh sanggul tggi cam2, mesti org dok perati.. btol x? So, mmg dh jelaskn.

    ReplyDelete
  18. kalau macam tu perempuan kat arab saudi tu semua masuk neraka la ye....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!