Mari Terawih...

Sis Lin
2

Salam semua...


Lafaz Niat Sembahyang Terawih: (Solat Sendiri)


Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Lafaz Niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)


Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .

Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas.

Hukum - Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut).

Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat.

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.



P/S: Ermm untungnya pada sesiapa yg dapat sembahyang terawih berjemaah pada setiap malam Ramadhan..alhamdulilah pada kamu..:)


With Love

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. selamat berpuasa to you :)

    salam kenal dari sabah bah!semoga berpajangan gitu

    ReplyDelete
  2. Donnyien: Salam kenalan juga & selamat berpuasa juga bt kamu...aminn :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!