Bahana letak komputer riba atas paha.

Sis Lin
0
Salam semua...

Pelik..tp benar..kalau dah tau panas kenapa letak atas riba..
Apa tak rasa panas ke ek? tu le sbb terlalu khusyuk dok main game sampaikan bahang panas di paha sendiri pun tak terasa..ishhh tebal kulit tue..:)
Sebelum ni Lin dengar, bahaya ltk komputer atas tilam/katil..sampai boleh jd terbakar, apalagi kulit kita yg halus dan nipis nie..ishhhh...
Lepas ni kena ltk di tempat yg sepatutnya di letakkan yek..*nak ckp owang, Lin sndiri ltk atas kursi ni..hahahaha...:p


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

Petikan dr Kosmo-Online.



P/S: Kdg2 tu marah jugak kat anak2 yg skli2  bt mcmtu, tp bkn sbb takut terbakar kulit, tp takut jatuh lappy tu jek..sapa mau ganti nnti..huhuhuhu


With Love

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!