Salam semua...
Harini begitu menguris dan kesal di hati bila membaca berita di muka-muka akhbar harini, semuanya berkisah perihal anak dan ibu, yang mana anak tak kenang jasa juga ibu tak sayang anak..huhuhu sungguh sedih sekali..
Dalam zaman moden ni kita tak boleh nak baca fikiran anak-anak2 zaman sekarang, tak sama dengan kita dulu-dulu, kalau setitik air mata ibu kita mengalir, terasa betapa besarnya dosa yang kita buat kan? inikan pula nak menumbuk ibu kita, siapa yang tak rasa hati bila dah namanya ibu tapi di perlakukan sekejamnya seperti itu, susah nak bayangkan betapa sakit dan merintihnya ibu, apa takde otak ke si anak itu? kerana di sebabkan lewat membuat persiapan perkahwinan sanggup dia tumbuk ibu kandungnya..*gila nak mampos* memang tak cium bau syurga la, moga-moga masih ada 'pintu' untuknya, insaflah..huhuhu
Korang baca dan renung-renungkanlah...
Ibu koma kena penumbuk anak
KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini. Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.
Yang kes di bawah ni pulak, perihal seorang ibu yang mungkin di rasuk atau sebaliknya hinggakan dia sanggup mencekik 2 orang anak kandungnya sendiri..ermm tak tahu nak cakap apa puncanya, mungkin sebab dalam keadaan tak sedar atau mungkin juga atas sebab-sebab tertentu hingga si ibu bertindak begitu, jika betul tidak dalam keadaan sedar, masih dapat di terima, tapi kalau atas sebab-sebab yang tak masuk akal, susah nak kata, takkan ibu takde perasaan dan kasih sayang kepada anaknya? takkan bersalin tu tak sakit kot? ishh susah la nak kata..no komen..huhuhuhu
Korang baca dan renung-renungkan..
Ibu cekik anak hingga mati
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shamsul Munir Safini
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
GOMBAK: “Isteri saya mula meracau seolah-olah diganggu makhluk halus, Khamis lalu dan selepas dibawa berubat, dia seperti sudah pulih. Tak sangka pula penyakitnya berulang sehingga begitu teruk sekali.”
Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30, mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin.
Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian.
“Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang.
“Jumaat lalu saya mengambil cuti dan membawanya berubat dengan sami. Selepas itu dia kembali normal. Sebab itulah semalam (kelmarin) saya keluar bekerja dan meninggalkan dia bersama tiga anak kami,” katanya.
Menurut Sathia, anaknya yang mati dicekik isterinya ialah Ukuneswaray berusia empat tahun manakala dua lagi anaknya ialah Teneswari, 6, dan Thaneswaren, setahun.
Sumber polis berkata, yang dipercayai mengalami ‘gangguan’ secara tiba-tiba bertindak mencekik anak keduanya di depan dua anak lain.
“Anak perempuannya yang berusia enam tahun yang menyaksikan kejadian itu menjerit meminta tolong hingga menarik perhatian jiran. Menyedari jiran datang, wanita itu yang tinggal di tingkat lima melarikan diri ke tingkat 11 sebelum memanjat tembok dan terjun membunuh diri,” katanya.
Menurutnya, anaknya yang dicekik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dibawa ke klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
P/S: Syurga di bawah tapak kaki Ibu..tiada penganti yang dapat mengantikan kasih sayang seorang ibu yang sebenarnya...Ibu kaulah ratu hati ku..
With Love
susah nak faham manusia zaman sekarang. macam-macam hal.
ReplyDeleteEiela: betul tu..susah nak ramal dan nk baca fikiran orang ni, buat sesuatu tak fikir pahala dosa..huhuhu
ReplyDeleteerkkk!! serammm!!
ReplyDeleteOhoeya: bukan seram lagi..menakutkan memang....
ReplyDelete