Deepavali

Sis Lin
0
Salam semua...

Esok 5hb Nov semua rakyat Malaysia juga Negara yang sewaktu dengannya akan menyambut Hari Deepavali, jadi di kesempatan ini dan juga rasa hormatnya Lin dengan rakan-rakan, teman-teman juga sahabat serta saudara yang beragama Hindu, ingin Lin mengucapkan "Selamat Hari Deepavali, Semuga tahun ini akan memberi ruang  hidup yang lebih terjamin dan juga di murahkan rezki buat kamu semua"...
*Esok nak beraya rumah sapa ek? ermmmm Vasanthi? Raskhi? Mina? Jom seranggggg!


Laddu
Laddu atau Ladoo merupakan manisan India yang sangat terkenal. Ia diperbuat daripada tepung, sirap dan juga gula. kemudian, ia dibentuk dalam bentuk bebola yang comel. Rasanya juga sedap, manis dan mudah untuk disediakan. Laddu terdiri daripada pelbagai warna. Ia amat popular di kalangan kaum India. Kepelbagaian laddu berbeza mengikut rasanya. Laddu biasanya disediakan semasa perayaan atau kenduri seperti majlis pekahwinan. 'Tirupati Laddu', merupakan laddu yang terkenal yang diperbuat di Tiruma di Andhra Pradesh

Deepavali atau Diwali

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.  
                       
Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.                

Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden.
Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.              
                            
Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.        
                             
Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.




P/S: Esok cuti public holiday..aku? beginilah seperti biasa, di katakan suri RUMAH, duduk RUMAH dan jaga RUMAH buat kerja RUMAH..huhuhuhu


With Love
Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!