Salam semua...
Anak dara mengait benang
benanglah kapas benang dikanji
tibalah masa majlis bertunang
tanda sehati mengikat janji
benanglah kapas benang dikanji
tibalah masa majlis bertunang
tanda sehati mengikat janji
*Gambar kenangan bersama Lin, Mak juga adik-adik semua di hari bahagia Julie. :)
Pinang kami pinang sebatang
Sirih kami airnya merah
keterlanjuran kami menerpa datang
usah dikeji jangan dimarah.
Pegang galah sambil berdiri
buat menjolok buah keranji
sebentuk cincin buat penyeri
sebagai ikatan sebuah janji
Orang menari mengikut irama
orang berjalan di tengah pekan
cincin diberi hamba menerima
dijari manis kami sarungkan
Ada kopiah ada sejadah
sejadah dijual gadis Minang
merisik sudah meminang sudah
tiba masanya majlis bertunang.
buah berangan dari kemboja
Buahnya ranum isinya padat
bukan sekadar bertunang saja
janji diikat bersendi adat
Pokok bakau hampir mati
ditebang orang dibuat pancang
bila sesuai waktunya nanti
eloklah datang kita berbincang
ditebang orang dibuat pancang
bila sesuai waktunya nanti
eloklah datang kita berbincang
Sumber dr Karya Portal
P/S: Tinggal adik Lin yang sorang ni je la tanggungjawab Mak Lin juga Lin & adik-adik untuk menguruskan perkahwinan dia nanti, kalaulah ada arwah Abah.mesti dia gembira..huhuhu
Sis Lin: saya pun dh x de abah Sis! kdg2 jd rinduu sgt kat aruah....
ReplyDeleteAzzey: O ye ke..mmg kan..ada kala sesuatu boleh bt kita rindu sangat2..huhuhu
ReplyDeletetahniah dan al-fatihah juga utk arwah ayah linn...
ReplyDeleteMat Gebu: Terima kasih Mat..huhu
ReplyDeleteAl-Fatihah..