Hukum solat Jumaat

Sis Lin
0
Salam semua...

Mari kita renung-renungkan dan selamat beramal...
Ilmu yang kita tahu dan baca, kita kongsi bersama, Just to share...




-Apakah hukum solat Jumaat?

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. 
Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

-Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?


Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:
Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.
Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut


-Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?


Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.


Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?


Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.


-Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?


Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang.



Sumber info dari aabad01.





P/S: Harini Lin tak hantar anak Lin ke Mesjid solat Jumaat,salah ke?..Amat demam, batuk-batuk, nak gi klinik nanti petang..huhuhu kesian dia..*demam nak 'potong' agaknya...hehehehe


With Love

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!