Salam semua.
Bersambung lagi dalam entry cerita majlis bertunang adik Lin,Julie tu (selepas melayan iklan Kedai kopi), rombongan lelaki kali ini betul-betul menepati janji, katanya pukul 2pm tapi dalam jam 1.45pm gitu dah sampai di depan rumah..
Bagus juga la ye datang awal, jadi taklah kita berpeluh-peluh menunggu dengan debaran, majlis pun simple aja, sebagai syarat tapi penuh dengan adat.
*Julie pun dah siap sedia dan sudah di dandan cantik lagi anggun, kemas juga cun menanti keputusan kata sepakat kedua belah pihak di luar sana.
*Takde pantun-pantun segala, hanya budi bahasa dan tutur bicara yang di susun indah sebagai pembuka bicara. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 4 dulang yang bertema merah putih sebagai pembuka adat.
*Bila kata sepakat telah diterima, cincin di sarung tanda ikatan juga restu dari kedua belah pihak, Semuga dengan izinnya mereka berdua akan kekal bhgia hingga ke jinjang pelamin membawa ke akhirat..aminn
*Uiii kuku ko, panjangnyaaaa..huhuhuhuhu
2 bentuk cincin di sarung, di mulai dengan merisik dan di ikuti dengan ikatan pertunangan. Ikat tanda mulut selama 1 tahun, tapi jika sudah bersedia lebih awal, maka akan terlaksana semuanya lebih awal nanti..insyalallah.
*Semunya berjalan lancar, apa yang di rancang semuanya dapat di laksanakan, semuga hajat kedua belah pihak akan termakbul hingga ke majlis pernikahan nanti..aminnn
*Kami mengucapkan Selamat bertunang buat Marlia & Zaidi. *.*
*Bersambung*
P/S: Sangat ringkas tapi penuh tatatertib, tak payah nak cakap berbunga-bunga, just straight to the point..hehehehe I likee....
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.