Salam semua...
Sejukknya pagi ni kan? hujan tak tempat kowang? Lin pun tak tahu samaada hujan ke tak malam tadi, rasanya tido malam tadi nyenyak lena tak sedar diri..hahahaha.
Tapi pagi ni memang hujan, renyai-renyai, baru terasa kesejukkannya, kalau sambung tido balik ni best nie..hehehe.
Ok la berbalik sambungan cite Lin bercuti tu, untuk hari ke-2, Lin dan anak-anak macam biasa, jalankan xtvt pi jalan-jalan cari makan di sana, hubby awal-awal pagi dah pegi kerja masuk optima,Kerteh, so Lin yang tak tahu selok belok jalan kat sana, cuba jugak bawak anak-anak ronda-ronda cari tempat makan yang sedap dan lain dari yang lain kat sana..:)
*Pose mesti ada, anak-anak yang semakin membesar, bila nak posing, ada je aksi dan gelagatnya, sampaikan aku pun dah terikut-ikut sama..hehehehehe
Siapa paling vouge??!..:p
*Menu hari ke-2, kita cuba 'nasi kukus Paka' ermm kata hubby nasi kukus kat sini lain dari yang lain, rasanya pun lain, dan lauknya hanya satu iaitu ayam goreng berempah..perghhh sekali makan memang tak cukup sepinggan..:) harga? ada mahal sikit la rm4.00 sahaja..
*Kan dah kata dah, lain dari yang lain, mula-mula ingatkan dia kukus 'pau' tapi rupanya nasi dalam tue, siapa pelanggan yang nak order makan, baru dia bukak amik nasinya tuh, bila pintu di bawa, aroma baunya tu, ermmm dah terasa menyelerakan..yummmmy, kalau tak sedap sampaikan tak sempat amik gambo terlupa dek kerana kesedapannya..hehehehe
*Balik dar makan tu, hujan terus turun dengan lebatnya, sekejap berhenti sekejap hujan, so tak dapat le nak bermain-main di tepi pantai dan jalan-jalan pusing bandar, duduk diam-diam dalam bilik, online dan layan tv..sian anak-anak..:(
*tengahari tu hubby balik makan, memang dah tau hujan, so hubby beli bungkus aja nasi makan dalam bilik, sedap pulak makan dalam hujan dengan suasana bilik yang kecil duduk bersila dengan anak-anak, gelak ketawa sambil makan, nasib tak tercekik..huhuhuhuhu
Hujan terus sampai ke petang, hinggakan hubby pegi kerja pun masih juga hujan. Dah tanggungjawab, terpaksa juga melangkah untuk meneruskan kerja..:)
*Malamnya tu, hubby balik nak ajak keluar gi makan bawak kete company, ala-ala macam storm tu, anak-anak apalagi jakun le naik kete tu, dah macam lori je gamaknya..kekekeke
Mula le dengan aksi mereka dalam kereta tu, hubby dok ketawa senyum aje melihat gelagat anak-anaknya tu..hahahahaha
*Dinner malam tu, hubby bawak pi makan kat tepian Kerteh, makan seafood, ikan, sotong, udang dan sayur-sayur campur, memang fresh dari laut, kita pilih dan timbang baru mereka masak..:)
Paling licin si ikan pari bakar, sekali datang ngap! licin selicinnya..hehehehe
Lepas ni datang sana, boleh makan lagi di sana..:)
Selesai makan, hujan masih renyai-renyai lagi, jadi terus balik, layan tenet tengok tv dan tido..itu saja xtvt kita untuk hari ke-2 tu..heheheheeh
*Bersambung*
P/S: Kalau ikutkan hati, mau aje aku tido sepanjang hari, ye la kepala tak fikir nak masak, nak membasuh, nak mengemas dan macam-macam lagi la..betul tak? :p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.