Family Day camping@Batu Layar-1

Sis Lin
13
Salam semua..

Cuti-cuti sekolah macam ni mesti sana sini jalan jem kan?. Pergi le ceruk mana sekalipun mesti jalannya penuh dengan kenderaan, ermmm nak buat camne kan, redah aje lah..
4-5hb kelmarin Lin & family termasuk Mak, adik-adik Lin kecuali yang no-3 tu je yang tak ikut juga kawan baik Lin,Kasawari & family berkhemah di Batu Layar,Desaru. Rancangan ni, memang dah awal-awal kitaorang buat,cuma waktu nak bertolak tu aje yang macam-macam kebetulan terjadi.
Pagi tu Lin dapat col dari Mak, mak usu Lin merangkap sepupu meninggal dunia pagi tu, nak taknak Lin dan mak lin juga adik-adik semua terus ke Kota Masai pergi melawat, ye la, masa ni la kita nak buat penghormatan terakhir kan? hal lain kita ketepikan dulu, yang penting persaudaraan kita kepada mereka.
Menunggu semua persiapan jenazah siap selesai dari mula hingga lah di semadikan, baru lah Lin dan mak Lin gerak balik, yang pergi kita doakan semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah..aminnn.


*Balik dari melawat, Mak Lin terus siap-siap semua persipan, nak masak makanan untuk di bawa ke sana, Lin pula terus balik rumah sebab nak kemas-kemas barang dan amik anak Lin, walaupun kali ini agak berbelah nak pergi sebab hubby Lin takde, kerja outstation di Trengganu tapi sebab niat nak bawa anak-anak bercuti dengan family Lin, jadi tak menghampakan mereka, Lin drive sendiri aje. Kasawari bertolak dari rumahnya di Kulai. Kirakan kitaorang 4 buah kereta tapi gerak sendirian berhad..hehehehe


*Lin sampai agak lewat sikit, mana taknya di sekat dengan jem sana, sesak sini..aduhhh memang tension bila ngadap jem ni, yang paling teruk keadaan menuju Desaru tu la, kereta penuh di sebabkan pembaikkan jalan, tapi takpe la tengah upgrade kan, biasalah, nanti bila semua dah siap, kita juga yang senangkan..:)
Dalam jam 7.30pm juga Lin baru sampai tempat perkhemahan, Mak dan adik Lin dah sampai dulu, siap dah dirikan khemah segala, tempat kita park pun kali ni memang sesuai untuk tapak perkhemahan..
1 tapak khemah rm5, kereta rm2, tapi kalau kereta mpv macam Lin punya rm3..murah sangat le tu kan..:)


Kasawari pula sampai agak lewat, dalam jam 9.30pm juga derang sampai, terus siap-siap pacak khemah, anak-anak Lin bila dah ada Kasawari, mulalah bukak xtvt derang, apalagi UNO dan Donkey tue le, memang Kasawari suka layan anak-anak..:)
Malam tu kitaorang takde buat bbq segala, di sebabkan banyak hal yang terjadi di siang harinya, memang tak sempat le kita nak prepare apa-apa, jadi menu malam tu sekadar mee hoon goreng dan kue tiaw goreng yang mak Lin bawa dari rumah sahaja..:).
Bila dah bercamping di pantai, tau-tau aje le, bunyi ombak, tiupan angin, memang sepoi-sepoi bahasa dan sayu-sayu mengiang di telinga, Lin tido di luar khemah, anak-anak semua dalam khemah, tak tahu la ye, Lin kalau bercamping memang suka tido di luar khemah, memang tak reti tido dalam tue, rasa pelik je..hehehe tapi malam tu, ishhhh mimpi amat dasyat Lin, mana taknya mimpi tapi rasa macam real je, eeee kalau ingat-ingat memang seram naik bulu tengkuk le..huhuhuhu
Mimpi apa? huhuhu syhh tak moh cite le, ngeri la..pstt mimpi kena cekik hantu..huwaaaaaaaaa

*Bersambung*




P/S: Mimpi itu mainan tido tapi kalau dah dok di tepi pantai tu, rasanya bukan mainan tido tu, sampai tak berani nak bukak mata..huhuhuhu

With Love

إرسال تعليق

13تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mimpi? hati2 sis.. maybe sis pergi tempat "diorang" tu.. berkhemah... hati2... manalah tau... bace2 pendinding tau...

    ردحذف
  2. AMBenjamin: Erkk ye ke? ishh jgn, mak adik Lin siap bawak garam untuk tabur sebagai pendidning, mmg tiap kali berkhemah kita gt cmtu..huhu
    Mungkin sebelum tu, derang cite2 pasal hantu, tu yg terbawak sampai ke mimpi tu kot..huhuh eee serammmmm

    ردحذف
  3. takper la.. malam tu xder xtvt apa2.. tapi seronok main UNO dan DONKEY dgn anak2.. Yana pulak tu x sihat kan..

    tu ler tidor luar kan dah mimpi mcm2.. nasib baik pagi2 masih ada lagi.. kalo di letak atas pokok kan susah..

    tapi tmpat tu mmg best kan... nanti leh gi ramai2 geng KAMIE..

    ردحذف
  4. khemah dpt kt mana?sewa ke sendiri punya?boleyh tau x?

    ردحذف
  5. Anonymous: khemah sendiri punya :) tapak khemah aje yg berbayar rm5 untuk sebijik kete...

    ردحذف
  6. boleh tak nak pinjam khemah atau sewa ?

    ردحذف
  7. Anonymous: khemah sapa? batu layar ke? atau saya punya?

    klu batu layar, sis x pasti plk ada ke x utk di sewa..tp klu nak pinjam sis punya,bolehhh...sis punya 6org masuk..besarrrrr...

    ردحذف
  8. owh, kat area batu layar x de ek,cuma tpk la . . .lin dok area mana?agak2 kalau nak sewa bape?sbb kita mmg plan nak gy camping,tpi khemah x cukup

    ردحذف
  9. Anonymous: Yup..lin x pernah tanya plk pasal khemah kt Batu layar tu,k sbb selalu bwk sendiri punya...:)

    Lin duduk area Bukit Indah,JB...klu nak, pakai aje la..:)

    ردحذف
  10. Blh tahu no contact tapak khemah tu sis😊

    ردحذف
    الردود
    1. Maaf nombornya tak ada, tapi boleh walk in aje, sebab di sana ada yang menjaga tapaknya..

      حذف
  11. This is a great article thanks for sharing this informative information. I will visit your blog regularly for some latest post. I will visit your blog regularly for Some latest post. learn more

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!