Salam semua..
Hari Wayang seHARI..itu le yang boleh Lin kata sebabnya semalam, anak Lin,Amat beria-ia sangat ajak pi tengok wayang dan nak siap belanja sekali..huhuhu Bertambah terharu bila dia kata 'Harini Amat bagi Mak BONUS sebab jaga Amat waktu SUNAT' huhuhu sungguh terharu kan..:((
Jadi Lin pun layan aje lah, kitaorang pergi bertiga je, sebab Yana takde masih lagi kat rumah atok dia. Ermm sapa kata Jusco Tebrau takde 3D? ada lah, tapi cuma 1 panggung aje lah, sebab tu siaran filem 3D hanya waktu tertentu saja yang ada..
Amat nak tengok cite Ngangkung dengan 3D Rapunzel..ermm cite katun le pulak, tapi ramai kata best..jadinya yang best tu le aku nak tengok..hehehe
*Hanya mereka berdua saje yang ada..Excited sesangat mereka ni nak tengok 3D Rapunzel tue..hehehehe. Lin beli tiket Rapunzel sekali waktu beli Ngangkung, dapat tempat duduk atas sikit, baru le syokkk..:)
*Dapat tiket Ngangkung jam 3.15pm..tapi bila tiba masanya, tunggu sehingga lewat 15minit, ada kesilapan teknikal katanya, ermm takpe la janji dapat masuk juga.. :)
Sinopsis Ngangkung:- ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.
*Habis Ngangkung masih ada masa 1jam lagi untuk menunggu masuk panggung cite Rapunzel tu, so Lin tinggalkan mereka di KFC dan Lin ke surau untuk solat Asar dulu..
*Jam 6.05pm mula wayang filem 3D Rapunzel, yang masuk panggung ingatkan kanak-kanak aje, mak budak dan bapak budak juga ramai lor..hehehehe. dan yang bercouple pun ada juga.
Anak-anak Lin dan Lin juga, ada le sikit rasa jakun tengok 3D nie, 1st time sehh nak tengok wayang 3D, 'ada aku kesah?' :p..
Yang Lin pulak mula-mula rasa pening kepala, tapi bila Lin pakai sekali dengan cermin mata Lin bersama cermin 3D, haa baru le lama-lama tu oke sikit, mungkin cahaya dan animasi dia terlalu tinggi dan buat mata kita tu terlalu push nak tengok, itu yang buat kepala pening tu kot huhuhu, tu pun bagi yang rabun macam aku ni le..huhuhuhu
Sinopsis 'RAPUNZEL' : Suatu ketika, seorang raja dan ratu sedang menantikan kelahiran anak mereka. Sayangnya, ratu sakit selama kehamilannya, berjuang bertahan hidup demi dirinya dan anak yang dikandungnya. Dalam keputusasaan, seorang pengawal nekat mencuri tanaman ajaib dari kebun seorang penyihir jahat bernama Gothel. Ratu dan bayi perempuan mereka, Rapunzel, sehat dan memiliki kekuatan.
Balas dendam karena tanamannya dicuri, dan masih menginginkan kekuasaan serta kekuatan, Gothel menculik Rapunzel. Rapunzel tumbuh dewasa, terkunci di menara, hanya ditemani oleh ibu Gothel yang jahat. Gothel selalu melarangnya pergi meninggalkan menara. Setiap tahun pada hari ulang tahun Rapunzel, kerajaan mengadakan festival lampion untuk mengenang putri mereka yang hilang. Rapunzel melihat lampion-lampion tersebut dari jendela dan keinginnya untuk mengunjungi kerajaan
Suatu hari, seorang pencuri bernama Flynn Rider beristirahat dibawah menara. Rapunzel mengambil tas milik Flynn yang berisi permata mahkota hasil curian. Rapunzel berjanji mengembalikannya jika Flynn membantunya keluar dari menara dan membawanya ke festival lampion, dan Flynn menyetujuinya. Mereka melarikan diri bersama dengan hewan peliharaan Rapunzel, seekor bunglon bernama Pascal, dan Maximus, seekor kuda seharusnya menangkap Flynn dan membawanya ke istana. Bersama-sama, Rapunzel dan Flynn harus menghindari para penjaga dan Gothel yang ternyata menuju ke kerajaan saat festival lampion berlangsung untuk membalas dendam.
Apakah kesudahannya? Dapatkah Rapunzel kembali ke pangkuan Ratu dan Raja? Segalanya terjawab dalam 'RAPUNZEL'.
P/S: Hingga ke saat ini, aku masih terINGIN sangat nak menonton filem 2 Alam tu..huhuhu
ngangkung ok la kan lawak..
ReplyDeletenk tgk rapunzel gak..cam best je..hu3
dua2 tak tengok lagi sis.. sibuk keje.. tapi tengok la off nanti boleh la spent mase tengok wayang...
ReplyDeleteamacam minyak kelapa dara? dah dapat di pasaran?
p/s: ade entry baru dari saye di thetimelines... jemput bace...
sakan anak banak tgk wayangg...
ReplyDeleteako pernah sekali dalam sehari berapa jenis wayang ako layan, yang akhir sekali terus ako termuntah... gilerr direct sangat dari pagi sampai malam... mana tak muntah weii... muak ahahaa
Kyroo:Ngangkung mmg lawak seram..best tgk ramai2..klu Rapunzel plk, klu tgk 3D rasanya yg best kot..sbb semua gambo dn animasinya nampak cam real depan mata..hehehe
ReplyDeleteSMBenjamin: Yup u patut pi tgk..mmg best sangat2 dua2 cite tu..rugi tak tgk, x sama dgn tgk DVD nnti.. :)
ReplyDeleteMinyak kelapa dara? smlm cr kat Jusco xde plk..so i dah search stokis kat JB ni, dan ada mcm2 jenis rupanya..huhuhu
Retna: hahaha ini le pertama kali aku tgk sehari 2 cite ko..itu pun tgk cite le..nsb walaupun Rapunzel tu katun tp best sangat..klu sapa2 pegi dgn BF dia, mesti rasa romantik ko..lagu dia, cara dia..ishhhh best laaaaa.. :)
ReplyDelete