Ana Raffali: Saya Tak Kecewa Kemenangan Dipertikaikan.

Sis Lin
6
Salam semua...

Tahniah buat Shahir sebab berjaya masuk final AJL..dan juga Tahniah buat Ana Rafali sebab berjaya menjadi juara AJL kali ni..:)
Anda tak puashati? lupakan saja, dah rezki dia, komen dan merungut banyak kali pun, keputusan tetap muktamad, kalau banyak cakap, tahun depan ko masuk bertanding yek..hahahahaha
Terkini dari Murai.com


KUALA LUMPUR 10 JAN 2011: "Saya tak kecewa kalau ada yang nak pertikaikan kemenangan saya, kerana itu hak masing-masing namun keputusan juri sebulat suara telah mempertahankan kemenangan saya.
"Apa yang penting Alhamdulillah juri suka lagu ini. Saya rasa itu lebih penting daripada memikirkan orang lain yang tak suka atau tak dapat terima kemenangan saya, saya tak boleh nak buat apa," jelas Ana mengulas mengenai kemenangan lagu ciptaannya Tolong Ingatkan Aku (TIA) sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.


Enggan melayan segala tohmahan, kata Ana, sememangnya lagu TIA mempunyai mesej tersendiri iaitu menyeru agar menghargai orang yang tersayang sebelum kehilangannya.
"Lagu ini saya hasilkan mengikut rasa sedap hati dan dekat dengan kehidupan kita. Peringatan agar kita menghargai orang yang kita sayang sebelum kehilangannya. Lumrah kehidupan kadang kala kita tidak sedar kita tak menghargai orang yang kita sayang semasa ada bersama kita," katanya yang berterima kasih terhadap penilaian juri terhadap lagu tersebut.


Menyambung perbualan, jelas pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali ini, lagu tersebut turut dicipta khas buat arwah kakaknya yang meninggal dunia pada 9 Januari 2003.
"Hari ini genap lapan tahun arwah kakak saya meninggal dunia. Lagu ini saya buat sebagai satu ingatan buat dirinya. Lagu ini amat bermakna buat saya," luahnya tenang.


"Saya berharap tak akan lupa diri dengan kemenangan ini dan masih berharap orang ramai akan sentiasa mengingatkan saya tentang hala tuju saya dalam bidang ini. Saya akan terus berusaha dan berjuang untuk mengangkat muzik ke tahap yang lebih membanggakan," jelasnya.




P/S: Tapi kan, bila dah banyak kali dengar lagu ni, sedap pulak, jadi kebiasaan pulak mengilai nyanyi lagu ni dalam bilik air mahupun dalam kereta..hahahahaha


With Love

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ana raffali patut mng..lagu dia best...lahu yg lain pon best gk tp dah rezki ana...

    ReplyDelete
  2. its not her fault. it just viewer who always want the most famous one to be the winner. they never mind artist talent but popularity.

    ReplyDelete
  3. Yuni:Yep..mula2 mmg tak best lagu tu..tp bila dh dengar selalu sedap plk..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Asybeazzle: Yup..i agree with you.. mybe they have reason why ana rafali is the winner AJL right? talent or pupularity..?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!