F.O.B.I.A

Sis Lin
2
Salam semua...

Hati mula terusik..Jiwa terasa hiba..
Sekian terima kasih...:((


Info dan artikel dari Mahsuri.


FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

 
Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

 
Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)

2)Fobia agora (Agora Phobia)

3)Fobia Sosial (Social Phobia)



-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri=cirinya adalah takut pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.

-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan orang ramai.

-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan di khalayak ramai.

 
Langkah pencegahan.

-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan situasi yang ditakuti.

-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.

-Teknik relaks (relaxation techniques).

-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami



Komplikasi.

-Kemurungan (depression).

-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.

-Panik.

-Mengambil minuman keras secara berlebihan.

-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.






P/S: Aku dah banyak hadapi dan rintangani semua gejala FOBIA..tapi aku tak pernah SERIK untuk terus mencuba dan mencuba demi sebuah kehidupan yang bahagia..:)


With Love

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. semoga segalanya dipermudahkan.. dan kebahagian sentiasa bersama lin..

    ردحذف
  2. Kasawari: Aminn Ya Allah...kena kuatkan semangat utk hadapi semua tekanan..:) lumrah dlm persahabatan...:)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!