Salam semua...
Aku nak kongsi info dan artikel dari seorang sahabat, mana lagi kalau bukan Tok Wan aku di FB tu, ermmm 'Soya dan Susu Soya' serupa tapi berbeza rupanya..
Semua fikir kacang soya bagus untuk kesihatan, lebih-lebih lagi bagi ibu mengandung dan kanak-kanak, tapiiiiiiiiiiiiiiiiii ____________________?????
Kowang baca la ye, renung-renungkan dan selamat memikirkan..:)
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
-Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
-Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
-Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
P/S: Ermmm dulu aku selalu minum soya waktu mengandungkan Amat..nasib tidak ada apa yang berlaku..alhamdulilah..Fakta atau Auta?????...
With Love
betul ke ni sis lin? bahaya ni.... mcm mane pulak dengan produk-produk soya yg lain, mcm tempeh yg diperbuat dari kacang soya... taugeh dari kacang soya... ape pun thanks for sharing sis...
ردحذفyup betul. saya tahu bila saya baca risalah susu diet Soya SD II. Dia ada cite pasal soya, air soya, pati soya. Biasanya yang buat ubat adalah pati ke ape ntah.
ردحذف-yg pasal susu tu, 4 org ank sdara saya elrgic susu lmbu, then mama diowang bg susu dr soya dr kecik n now mmbesar mcm biasa je. cuma diowang mula2 dulu sllu ada ksan smpingan la. btw better dr x minum susu pape kan.. n now alhamdulillah.. (x tau la klu ade baby family yg mmbesar tnpa terkwal)
ردحذف-pastu pasal phytic asid tu, mmg dlm soya ade menatang asid tu. sbb dia wujud dlm rantaian mknn "seed" bijirin. tapi kalau nk tau, hazel lebih tinggi berganda dr soya. jagung, oat, beras, kacang yg bulat2 kat coklat tuh, dan bijan adlah yg paling tinggi.
-mungkin ada keburukan soya nih. so, kene ambik secara terancang. x kan hari2 nk minum soya kan.. kalau amalkan pemakanan sunah mcm yg dsarankan kat atas tu lg bagus,
-"Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??"
hehehe.. mkne nyer, peminum soya ni berisiko tinggi nk jadi golongan "adik2" la ea. haha
-salam ziarah sini ea.. =)
memang tak kan mnum soya dah lepas ni...
ردحذفinfo tentang barah payudara di SIHAT SELALU - Pengesanan Awal Barah Payudara
ردحذفuiks ? fevret tu !
ردحذفyup btul...tmbh2 klu org yg ade skit2 angin dlm badan...xd'galakkn minum...sbb ia akan m'nmbhkn lemah2 badan...
ردحذفAllahuakbar...mcm tu sekali yer...ingtkan nnti kl prenen nk minum kacang soya...ni dah tau mmg x nk minumlah...
ردحذفmenarik! TQ
ردحذف