Amalan DIET yang sihat.

Sis Lin
3
Haii semua..

Mungkin waktu entri ni keluar, tuan tanah blog ni dah start berdengkur agaknya, hahaha :in buat 'autoupdate' untuk petang ni..
Aduhhh bila jalan kelengkang dah mula bergesel tu, itu tandanya badan dah mula naik le nie, arghhh kejap naik kejap turun, kejap turun, tapi bila naik tu lagi le cepat..tak sukanyaaaaaa!
Takpe, perlahan-lahan oke, macam tak biasa aje la Puan Marlin ni, hahahahahaha
Sapa mau diet? Jom amalkan diet sihat bersama Tok Wan kita..:) 
Info dari Tok Wan..gambar dari en.Google ler...:p



Remaja dikhuatiri terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan penyakit yang lebih buruk.
Masalah berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.

Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.
Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, GenK sediakan beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!

Minum banyak air

Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.

Diet buah-buahan dan sayuran

Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.

Lebihkan pengambilan bijirin

Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.

Tentukan tahap kelaparan

Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.

Kurangkan minuman bersoda

Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.

Menimbang berat setiap minggu

Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Kawal pengambilan makanan

Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.

Prihatin dengan makanan

Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.

Elakkan makan malam

Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.

Jangan biarkan diri kelaparan

Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?

Bersenam

Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.



P/S: Jadi...apalagi? kalau petua diet ni dah keluar kat sini, maknanya tuan rumah ni dh mula lah berdiet ok..! huhuhuhu


With Love

إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. best la akak nih... kita pun dalam proses nak menurunkan berat badan juga, mana tau boleh tambah seorang lagik...

    huhuhuhu....

    ردحذف
  2. Shay: klu nak dptkan sorg lg bt apa turunkan berat bdn..kan x elok..jnji mkn makanan yg sihat cukup le, anak dn ibu sihat..:)

    ردحذف
  3. turunkan sikit jerk, tapi masih makan mana ada tak makan... nanti sakit kepala... tapi kena diet tak makan malam la... huhuhuu.... xcercise lebih sikit...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!