CNY @MIL house,Sabak Bernam.

Sis Lin
1
Hai semua...

Update update lagi dan lagi..hehehehe, selagi tak habis ceritanya selagi tu le aku update terus menerus..:p
Tujuan sebenarnya Lin ke KL CNY tu sebab pertama nak beraya CNY dengan Pak Cik Lin di sana, dan tujuan keduanya nak bawak anak-anak berjalan cuti panjang, dan sebab utamanya nak balik kampung tengok Mertua Lin di Sabak Bernam..:)
Alhamdulilah, sampai di rumah mertua tu, lihat dia dalam keadaan sihat walafiat, sakit sikit-sikit tu adat le, dah tua kan, tapi boleh berjalan perlahan dan selera makan pun ada, moga kesihatannya berpanjangan dan di panjangkan usianya lagi..Aminn
Waktu Lin bertolak ke Sabak tu, cuaca mak uiii, panas terik betul, dah tahap kepanasan maksimum masuk oven rasanya, tak nampak yang cuaca nak hujan ke, sungguh terang cerah langit di awan tu..phewwwww


*4hb Feb, Hari Jumaat, jadinya kena le berhenti singgah di Mesjid berdekatan untuk kaum lelaki menunaikan kewajipannya dulu, Solat Jumaat. Yang Lin dengan Mak, anak-anak juga anak saudara hubby,Ros tu, kena le cari tempat lepak sekejap sementara menunggu solat Jumaat selesai, sambil makan goreng pisang..hehehe


*Mesjid yang kita lalu yang hampir dekat iailah Mesjid Kapar, ramai betul owang solat Jumaat di situ, penuh parking tepi jalan semua, nasib juga kitaorang awal sikit, kalau tak payah gak nak park kereta.


*Selesai solat Jumaat, terus menuju ke Sabak, kali ni anak saudara hubby bawak ikut lalu jalan Tanjung Malim, jadi dapat le lalu betul-betul depan rumah kakak hubby yang duk kat Parit Empat tu *gambar atas*, rumahnya betul-betul di tengah-tengah sawah padi, tapi di sebabkan mereka sekeluarga tiada kat rumah, tak dapat le singgah.


*Sampai je rumah mertua, merka dah siap sedia kan hidangan kitaorang semua, padahal kitaorang baru je lepas makan, singgah kat Pekan Sabak tadi, huhuhu. Mee Hoon TomYam & cekodok pisang, juga jagung dan rambutan yang fresh lagi baru petik kat kebun belakang rumah..


*Habis makan, aku masuk kebun jap, hehehe, nak kutip petola kering. Oo kowang tak tau ke, kalau amik petola kering ni, pastu kopek, isi sabut dalamnya tu, boleh kita buat berus badan or berus cuci pinggan mangkuk, lagi real punya, sedap kalau di buatnya sental kaki..:)..
Tapiiiiiiiiiiiii tertinggall!!!! arghhhh..


*Mr.hubby dengan Amat dah masuk kebun dalam tu, gi petik buah manggis dan rambutan, errr Lin tak sanggup la, sebab banyak nyamuk, tak tahan kena gigit, sakit pastu gatalnya mengenyammmm...


*Malamnya pulak di hidangkannya dengan menu lauk kampung, perghhh menjilat jari le, pucuk ubi celur sambal asam, ikan sepat & puyu goreng, ayam masak papprik, ikan masin sepat, sambal getuk dan sayur kacang panjang goreng *fresh baru petik*.


*Yang ni le mertua Lin, dah nampak uzur tua, tapi masih kuat lagi, cakap pun masih boleh faham cuma kejawaan sikit le, telinga pun masih boleh dengar lagi bila kita bercakap, cuma sakit tu ada masa je la...
Mudah-mudahan mertua Lin sihat selamanya selagi dengan izinNYA...:)
Dah kenyang, puass berborak, apalagi tido le. Malam tu tido aku, aduhh diganggu!!! sapa lagi bapak mak anak datuk nenek nyamuk je ler...abis berbintat-bintat badan aku..arghhhhhhh




P/S: Kalau le di bagi seminggu duduk kampung tu, rasanya bengkak satu badan aku kena gigit dek nyamuk..huhuhu siyesss bukan nak eksen tapi memang betul banyak nyamuk...huhuhuhu. Kalau balik lagi kena bawak AUTAN, krim pencegah nyamuk..!



With Love

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. seronoknya sekali-sekala balik kampung. teringat mak...nak call lah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!