Hi-Tea I-KIT & I-KEUNITA.

Sis Lin
2
Salam semua...

Majlis Hi-Tea: Majlis Penutup Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) & Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KEUNITA) bagi Tahun 2010.
Dan Majlis Perasmian DVD & Buku teknik sulaman manik 3D Pn.Rosita Jaafar.
Tempat: Hotel Paragon.
Tarikh: 1hb Februari..Jam 1-5pm.

Ni kisah dan cerita lama tapi baru ni dapat kumpul gambar dan update untuk harini..hehehe :p
Bagai nak rak kitaorang Wana, Midah, Ana dan aku bergaya dan meriahkan majlis Hi-Tea untuk majlis tu, kalau kowang nak tau, inilah pertama kalinya aku sebagai surirumah diberi keizinan untuk hadiri dan join bersama dalam majlis sebesar ini yang di hadiri oleh tetamu VVIP iaitu DYMM Raja Zarith Sofea.
Fuhh berdebar-debar dan teruja bila berada dalam dewan tu, bagi yang dah biasa oke la, tapi bagi aku agak takut sikit, bukan sembarang majlis, silap sikit kang diri sendiri yang malu..kan?..
Apalagi ini le masanya nak tunjuk gaya dan ada gaya masing-masing, aku, Wana, Ana juga Midah, masing-masing dah siap sedia dengan baju, kasut, bag dan make over muka masing-masing..hahaha..kalau di ingat-ingatkan, memang gelak dan seronok kitaorang..:)


*Ermm amacam? ada gaya tak surirumah bila bergaya? hahahaha
Baju aku tu tailornya sapa lagi kalau bukan Seleksi Qrizz, semua puji baju dan beadingnya yang meletopsss...ye la sama padan le tuan yang memakainya..ahakkkkks hahahahahahahaah..:p
Geng yang lain-lain tu baju sdn bhd jahit sendiri...:)


*Program ni menjadikan ramai usahawan wanita berjaya hingga ke peringkat atas Negeri Johor juga di luar Negeri Johor..syabass buat mereka..:)


*Pelancaran DVD &  Buku sulaman manik 3D Pn.Rosita Jaafar oleh DYMM Raja Zarith Sofea, yang juga usahawan wanita Negeri Johor yang berjaya dalam bidang jahitan & sulaman manik..


*Ramai beadars yang aku nampak di Fb aku dapat Jumpa, Yatt Glitz Beads, Ila, Izan beauty&The Beads, Win, dan juga Runcing jari, walaupun aku bukan beaders seperti mereka tapi aku kagum dengan bakat mereka dan aku suka lihat seni halus jahitan juga yang paling best, aku rajin menempah..hahahahahahaha..yang penting semangat setiakawan..:)


*Petang tu macam-macam yang di persembahkan, ada tarian zapin, ada persembahan Bagpipe, dan yang di tunggu-tunggu iailah pertunjukan fesyen pemenang bertuah dari teknik sulaman manik Pn.Rosita Jaafar..(kalau tak silap aku le)..Jahitan maniknya bikin mata tak kelip memandang, memang sangat-sangat halus seni jahitan mereka..:)


*Kenangan bersama Pn.Rosita Jaafar yang baru aku kenali sebagai uahawan berjaya...:)...Memang ada gaya masing-masing...:)


*Dan yang berdiri di tengah tu, adalah tukang jahit baju aku, dari baju hingga lah ke beading baju tu, semuanya dari Seleksi Qrizz...dan yang baju merah tu pulak iailah Runcing Jari, baju merah yang di pakai tu juga baju hasil jahitan Seleksi Qrizz..:) memang tertarik deboom..!




P/S: Apa-apa pun terima kasih buat yang menjayakan majlis ni, kalau tak sebab majlis ni, dah tentu kami semua tak bertemu dan tak tahu rasa bangganya menjadi wanita yang berjaya, yang penting kena yakin, berani dan mencuba dalam apa juga yang di ceburi...:)


With Love

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!