Cinta Tiga Segi Dalam Asmara 2

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

Bila dengar je lagu 'Menyesal' dendangan Kumpulan Six Sense, mulalah dah terbayang apakah kesudahannya cerita Asmara slot Lestary di Tv3. Memang di tunggu-tunggu oleh Lin dan juga pengemar cerita ni, mana taknya percintaan yang sungguh tragis yang berkaitan hubungan 2 percintaan antara yang hidup dengan sesaorang yang di anggap sudah mati.
Apakah Asmara akan mendapatkan cintanya yang dahulu? Dan Zalia akan kembali ke Asmara? ermmm tungguuuuu...
Kredit info dari GUA.


Mungkinkah Asmara akan kembali kepada kekasih pertamanya, Melati selepas Zaliya meninggal dunia? Persoalan yang telah mengakhiri siri drama ‘Asmara’ ketika menghiasi slot Lestary pada 31 Ogos - 30 November, 2010 bukan sahaja menerima ‘rating’ atau kadar tontonan yang tinggi pada 3.1juta penonton malah ramai yang mahukan siri popular tersebut disambung seterusnya mengetahui pilihan hati Asmara.

Sambungan siri ‘Asmara’ akan menemui para penonton mulai 8 Mac 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam menerusi slot Lestary. ‘Asmara 2’ masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya.

Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa jam 9.00malam mulai 8 Mac . Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.





P/S: Semalam je tengok episod 1 je dah dug dag dug dag dengan seribu persoalan..huhuhuhu


With Love

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. asmara2 yg dinantikan.. ape agaknya jadi kt die lepas sihat.. hurmm

    ReplyDelete
  2. sis..mas memang nantikan sambungan cerita asmara ni sebab last ari tu cerita ni macam tergantung....
    mas memang tengok dari episod pertama dulu...
    best kan cerita asmara ni...

    ReplyDelete
  3. mcm bestje...rugi lak x tgk hari tu..x pe bnyk lagi episod...

    ReplyDelete
  4. tq bagi story kat sini. tak sempat tengok tv pun. rasa2 zaliya masih isteri asmara sebab dia tak pernah ceraikan zaliya?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!