Haii semua..
Apa khabar kawan-kawan semua? Kowang baik-baik ja kan? Lin, huh di landa batuk selsema, suara dah ala-ala mama rock brutal ni..huhuhuhu
Musim demam kan, nak buat macam mana, elak ke sana sini pun, kalau dah nak kena, berjangkit jugak kan...
Atau mungkin juga di sebabkan letih dan tido tak cukup, sibuk uruskan persiapan MaulidurRasul Masjid Taman Bukit Indah di tempat Lin pada 26hb Feb Sabtu lepas, tapi niat ikhlas dan inginkan semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulilah semuanya selesai seperti apa yang di rancang. Kerjasama semua pihak dan mereka yang terlibat, amat di hargai dan jutaan terima kasih buat semua.
*Lin, macam biasa dengan Kak Ani, sibuk melatih dan mengajar budak nasyid. Masa suntuk, jadi guna lagu yang mana sempat dan senang nak bawa ajek...
*Mereka yang sudi datang bersama-sama merewang dan bergotong-royong membungkus dan membalut hadiah cenderamata walaupun masing-masing dengan perut dan anak kecil...
*Diluarnya pulak, merewang dan membalut bunga telur, semua persiapan yang di sediakan, ada yang di sponsor dan juga dari derma orang ramai juga ahli kumpulan Al-Wasilah.
*Pagi sebelum berlangsungnya Maulud tu, kaum bapa dan ibu dah sibuk merewang bahan-bahan untuk di masak malam harinya, ikan masin, nangka muda, ayam, daging semua telah sedia. Pertama kali buat tahun ni, Masjid Bukit Indah masak nasi berlauk untuk di hidangkan pada tetamu, selalunya kan nasi minyak, tapi kali ni kita buat perubahan.. :)
*Petangnya, tibalah masanya, semua sudah bersedia, baju sudah sedondon, bunga di kepala sudah terselit indah, jadi apalagi, mama VOUGE pun mula le berposing..hahahaha
*Kanak-kanak lah yang paling seronok dan tak sabar menunggu majlis perarakan, dengan matahari yang memancar, peluh menitik-nitik dalam baju, sapa yang tahu..ahakkkkksss..
*Nasyid dari Kumpulan ___ (belum di beri nama lagi), menyumbangkan 2 buah lagu pada petang tu, walaupun masa latihan yang suntuk, tapi anak-anak buat yang terbaik petang tu, syabass!
*Juga di serikan dengan pertandingan Azan seramai 7orang kanak-kanak..(bakal Imam Muda semua nie)...:)
*Dan pertandingan Hafazan surah Al-Fatihah bagi kanak-kanak tahap 2 seramai 5org..(bakal Qari/Qariah esok nanti)
*Majlis berzanzi dan marhaban juga sempat di langsungkan, Lin macam biasa, tukang sambut aje dari belakang..hehehehhe
*Selesai semua acara, majlis jamuan makan di sediakan untuk tetamu, masing-masing dah kelaparan di sebabkan hujan turun petang tu dengan lebatnya, tapi alhamdulilah, semuanya berjalan sempurna.
*Gotong-royong sesama sendiri untuk persipan Majlis di sebelah malam hari pulak. Apa yang penting?? KERJASAMA...
*Malamnya Lin hadirkan diri juga, ada jamuan makan nangka masak lemak, ayam masak merah, daging masak rendang, juga sambal belacan, perghhh terangkat sehhhh...
Dan di akhiri dengan ceramah oleh Ustaz Abu Bakar Watak. Lin tak sampai selesai menunggu, dalam jam 10.30pm Lin dah balik, sebab nak masuk Singapore ada hal...
Tapi alhamdulilah, semuanya selesai, dan jika ada rezki dan di panjangkan umur,kita berjumpa lagi di tahun hadapan..Amin...
P/S: Bila yang tua dan muda duduk bersama, itulah tandanya ikatan silaturrahim yang utuh, tidak kira usia, jika ada kerjasama dan persefahaman, Insya'allah semuanya berjalan dengan lancar....
selamat pagi sis lin
ردحذفpatutlah senyap....kurang sihat rupanya..
lagilah banyak aktiviti setaman kak uruskan dgn geng2 setaman
kak, jom gathering 12 hb..yahoo!!!
Ayu: slmt pg Ayu..
ردحذفA'ah Ayu demam batuk2 nie..uhuk uhuk...
Yup CMG ada bgtau 12hb tp..tp mybe Sis dtg lewat sikit kot..sbb pg tu ada mesyuarat PIBG sekolah anak...hehehehe
wahh..besar besaran jugak majlis tu..hebat!
ردحذف