Assalamualaikum wbt..
Dah masak ke tu? Menu apa hari ini? Lin? harini masak asam rebus ikan parang, ayam goreng kunyit + kobis bunga + kacang panjang, telur dadar dan juga sambal belacan petai..hehehehehe
Bila sebut taugeh, semua owang buat muka, konon2 nya sayur murah le, no standard le, tu pun terpaksa guna bila masak goreng mee jek..ishh ishhh kowang ni, sapa kata taugeh yang ala2 badan keding tu banyak khasiatnya, ermmm kalau Lin kan, suka taugeh masak goreng ikan masin tenggiri 'bacin' tu..perghhh sedapp weiiii..tak caya try ler..
Tapi harini Lin nak kongsi khasiat taugeh..baik untuk kaum wanita juga lelaki.
Jom layannn..info dan gambar dari Tok Wan.
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk
dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga
terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit
kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,
alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat.
Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino.
Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar
dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan
estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar
mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom
pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi
dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi
dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh
dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang
kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah
yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun
dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan
bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas
membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
P/S: Lepas ni beli taugeh berkilo2 yek....hehehehe..
With Love
nice info btw :)
ReplyDeletesuka makan taugeh . hikhik .
lia penngemar tegar tauge..smpi encik suami selalu dok perli2 "klu x beli tauge x blh ker???" setiap kali pi belanja basah lia mmg WAJIB beli tauge...mmg suka sgt2....
ReplyDeletep/s: lauk t/hari kita lbh kurang je kak...lia masak ikan parang asam pedas,grg kobis+carrot n sup telo utk anak2... :D
assalamu 'alaikum sis,
ReplyDeletesy sukalah mkn taugeh ni, tp yg rangup2lak, klu benyek tk suka, hehehe...
sis, baik2 makan ikan parang tu, karang ada yg terluka kena parang, hahaha...
Sarah: Thankx...taugeh mmg sedappp kannn :)
ReplyDeleteSarah: Kamu suka makan taugeh ya..sama le dgn sis...
ReplyDeletesibuk je anak sis tu,Yana..ermmmm
Mamamya:Lia..sis klu beli tak le selalu tp klu beli mesti masak goreng ikan masin bacin..sodapppp!
ReplyDeleteArief: hehehehe...masak taugeh mesti kena rangup,masaknya sekejap aje..klu benyekk mmg tak sedap!
ReplyDeleteni ikan parang, sebelum kena parang,sis dh parangkan dia..kekekek