Jangan melanggan email 1Malaysia???

Sis Lin
12
Assalamualaikum wbt...

Harini pagi tadi terdengar di radio yang Malaysia akan melancarkan email 1 Malaysia percuma bagi rakyat Malaysia 18thn keatas bagi membolehkan dan melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan Kerajaan. Beritanya di sini.
Tapi bila duduk baca dan terus membaca apa baik dan buruknya, bagus dan tak bagusnya, terbaca pulak entri dan cerita di bawah ini..ermmmm jadi???? 


Jangan melanggan email 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda. ..
Jauhkan diri anda dan melanggar email 1Malaysia walaupun ia diagihkan percuma. Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tingga akibat penggunaan email 1Malaysia?

1) Kemungkinan email yang dihantar akan disiasat atau dicuri oleh pihak pentadbir dikawal oleh MCMC, kalau tersentuh isu sensitive. IP anda akan terbongkar. Password dan account anda diketahui secara langsung.
2) Sekirannya anda menggunakan email 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa dimana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda.
3) Email 1Malaysia berkemungkinan membawa malicious virus, spyware, di mana mudah diserang dan mengawal komputer anda sewaktu anda di  internet.
4) Pihak UMNO atau BN akan menyebarkan alamat email anda kepada cybertrooper BN dan melakukan serangan keatas pihak pembangkang.
5)  Mesej atau attachment anda akan disimpan dalam server tertentu, maka memudahkan pihak BN menyiasat gerak geri anda. Sekirannya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment akan dijadikan bahan bukti.
6) Segala confidential or sensitive information tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri. 
7) Inilah bagi peluang untuk pihak kerajaan memboroskankan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan agent untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak 50 juta ringgit, apakah baiknya wang sebanyak ini disumbang dalam menolong orang miskin?
Menggunakan email 1Malaysia dapat diupamakan bagai memasuki mulut harimau, menunggu masa untik dibaham. Kebahayaan dan risikonya amat tinggi sekirannya anda adalah blogger yang menentang UMNO/BN. Jangan melanggan email 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda.



P/S: Kesimpulannya: Tepuk dada tanya selera..kalau nawaitu tu elok, baik le jadinya, kalau nawaitu kita untuk kerja dan menulis email yang tak berfaedah lalu di sebarkan, jadi tak elok le..betul tak? Balik2 nanti kerajaan juga yang di salahkan..huhuhuhu
Renung2kan dan selamat beramal..


With Love
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. haish.. bnd tu pon nak dipolitikkan.. bukan 1 paksaan nak guna email tu.. kalau takut sngat kene ISA lpas mngutuk/maki kerajaan, x payah la gune.
    sng cite, suh si peyebar tu duduk masjid n propa2 kat masjid kononnya parti dia tu islamic sangat.

    ReplyDelete
  2. Strept: Tau xpe..sbb tu kesimpulannya..tepuk dada tanya selera..klu niat baik, baik le jadinya..ni belum apa2 lagi dah kritik dan fikir negatif!..huhuhu

    ReplyDelete
  3. klu kita lihat dr sudut politik .. politik juga yg keluar.
    anyway terpulang pd individu .

    ReplyDelete
  4. Ymn: betul tu...terpulang pd individu tu sendiri cara dan bagaimana dia menggunakan sebaik mungkin email 1malaysia tu....

    klu dh niat x reti nak menulis cara tersendiri dgn baik..kalau yahoo ke gmail ke, sama je le akibatnya....

    ReplyDelete
  5. x pelah...terpulang pada diri memasing...buat masa ni rin x berminat nk ada email 1 Malaysia ni...cukuplah 2 sajo...

    ReplyDelete
  6. Pak Teh: sama le dgn kita....huhuhu ikut sekdar berita aje...lebih2 tu xde ler...

    ReplyDelete
  7. Erienz: kannnn...yg yahoo dan gmail tu pun tak terbukak nak jenguk..lagi nak ada email lain..huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. RM 50 juta hanya nak buat projek email...alamak...apalah bodohnya guna duit sebanyak tu...sepatutnya sediakan infra untuk nak akses internet.. kan ke lebih baik..

    ReplyDelete
  9. Mana punya mangkuk la sebar berita bukan2 ni... semua nak bg malaysia jahanam... kalau setakat politik kg, jgn la nak percaya dan taksub sampai mcm ni... pls! masa undi nanti buat la pilihan, jgn sampai melayu menagih dibumi sendiri udah... sarawak dah bg contoh kejatuhan melayu dgn serangan anti pemimpin melayu, cina utk cina... hangpa yg melayu utk sape...?

    ReplyDelete
  10. Kena pertimbangkan dengan akal hati bukan perasaan. Pertimbangan dengan waras baik buruknya. To be safe lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  11. RM50 juta... kalau kerajaan buat wifi 1 malaysia kan bagus, tak pun kawasan bandar je, mcm Penang wifi.Kebanyakan kawasan di Penang ada wifi percuma yang disediakan oleh kerajaan negari.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!