Assalamualaikum wbt...
Harini 1hb April 2011..Kalau kat sekolah ni, mesti suara2 jeritan 'April Fool' aje yang kedengaran, dalam kelas, dalam bilik air, dekat kantin, padang juga dalam bas sekolah, tak habis2 terkena dengan guaraun April Fool ni..ermmmm bila difikir2kan balik gerammm je sakit hati bila dah terkena!..*tu cite lama*
Tapi kowang tau ke rahsia di sebalik April Fool tu? tau cakap je, ntah baik ke tidak amalan tu, kita pun tak tahu, jadi harini tergerak pulak nak buat dan research pasal April Fool ni, akhirnya dapat juga yang boleh di kongsi bersama..
Jom kita hayati, fahami dan renung2kan bersama...
Rahsia disebalik April Fool
Tanggal 1 April setiap tahun, merupakan suatu tarikh yang mempunyai nilai bagi sesetengah insan. Pada tarikh tersebut seseorang yang ditipu menerusi gurauan tidak boleh marah, sebaik saja disedari pada hari tersebut adalah 1 April, lantas disebutkan perkataan "April Fool!".
Wajarkah budaya sebegini menjadi ikutan masyarakat kita khususnya dalam kalangan remaja?.
Marilah kita sama-sama memahami dan menghayati apakah rahsia disebalik April Fool.
Menerusi beberapa buah ensiklopedia, 'April Fool' merupakan satu istilah yang dirujuk pada hari pertama bulan April yang juga dikenali dengan panggilan 'All Fool's Day'. April Fool diamalkan oleh masyarakat Eropah dan disambut dengan gurauan dalam bentuk penipuan terhadap seseorang, sekadar untuk bersuka ria pada hari tersebut.
Mangsa yang menjadi bahan gurauan itulah yang digelar sebagai April Fool. Pelbagai istilah yang dipakai tentang April Fool ini. Di Scotland digelar sebagai `cucko', di Perancis sebagai 'un poisson d'avri' dan di Jerman pula diistilahkan sebagai `Aprilnarr'. Walau apa pun istilah yang digunakan, semuanya adalah menjurus kepada April Fool.
Jelaslah, mesej utama April fool yang mendasari resam bangsa Eropah adalah untuk memerangkap seseorang yang terpilih untuk dijadikan bahan ketawa. Ini menyebabkan mangsa gurauan tersebut terpaksa menempuhi sebarang kesulitan untuk melaksanakan arahan yang diberikan, lebih-lebih lagi semasa menghadapi sekumpulan orang ramai yang mentertawakannya. Bayangkan betapa terseksanya mangsa tersebut, sedangkan yang lain bersuka ria. Wajarkah amalan sebegini menjadi ikutan remaja Islam?
Menyingkap rahsia kewujudan April Fool ini, dikatakan tercetus dalam suasana riang ria sempena menyambut kedatangan musim bunga di Eropah. Ramai pihak mempercayai bahawa adat resam mempersendakan seseorang untuk dijadikan bahan ketawa bermula di Perancis pada tahun 1564. Kemudian amalan ini diamalkan secara meluas di England dalam abad ke-18 dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah, khususnya di Eropah Barat sehingga diiktiraf sebagai adat resam yang bersifat universal.
Pada zaman mutakhir ini, bangsa Eropah dilihat sebagai bangsa yang unggul dan menjadi rujukan dalam semua perkara, menyebabkan segala apa yang datang dari negara tersebut dianggap baik dan perlu diikuti termasuklah April Fool.
Wajarkah ia diikuti tanpa menilai kesesuaiannya dengan masyarakat di negara ini. Sama-samalah kita hayati Firman Allah dalam surah alIsra' ayat 36 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti, apa yang kamu tidqk mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hari, semua akan diminta pertanggungjawabannya."
Menurut al-Ghazali, gurauan pada asasnya adalah ditegah kecuali gurauan dalam kadar yang sedikit dan tidak serius. Gurauan yang melampau adalah ditegah. Jadi jelaslah, amalan gurauan yang diamalkan pada hari 'April Fool' sebagai gurauan untuk dijadikan bahan ketawa adalah melampau dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Keunggulan akhlak amatlah dititikberatkan dalam Islam. Bahkan tujuan utama Nabi Muhammad SAW diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, sabda baginda yang diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. " Agama Islam yang suci telah mengajar kita berakhlak sesama manusia dengan cara yang terbaik. Rasulullah SAW merupakan contoh tauladan yang terbaik untuk diikuti. Budaya buli-membuli sesama insan, walaupun sekadar gurauan adalah ditegah dalam Islam. Amalkanlah budaya hidup Islam dalam kehidupan tanpa perlu mengikut budaya lain yang jelas bertentangan dengan Islam.
Islam menganjurkan penganutnya supaya saling tolong-menolong dalam kehidupan dan bukannya menjadi beban kepada orang lain. Budaya gurauan yang keterlaluan yang disambut pada hari April Fool adalah tidak sesuai dengan Islam kerana mangsa terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran pada hari tersebut.
Remaja Islam perlu mempunyai daya ketahanan diri berpaksikan agama. Suntikan jarum - j arum musuh Islam yang bermatlamatkan pengabaian agama dalam kalanganremaja Islam
dilakukan dalam pelbagai cara khususnya pengaruh budaya. Walau pelbagai dugaan yang melanda, sememangnya kita tetap berpegang kepada ajaran Islam yang suci.
Akhirnya, sama-samalah kita renungi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kamu akan mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sampai mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. " Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang Yahudi dan Nasrani ? " Jawab baginda Kalau bukan mereka, siapa lagi ? " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadilah remaja yang tetap pendirian, tidak mudah terikut dengan orang lain. Kita perlu bijak membuat pilihan antara intan dan kaca. Jadilah intan terpilih dalam semua keadaan dari sudut akhlak, pendidikan dan sebagainya. Berpeganglah dengan alQuran dan hadith, insya-Allah kita tidak akan sesat buat selama-lamanya. Tepuk dada tanyalah iman!
Sumber: Cahaya Mac/April 2007 - Nor Hashimah Embong

P/S: Dulu2 je balik sekolah semua nak ikut pintu belakang dan keluar lambat, takut kena tampal list kat baju belakang terkena April Fool..hahahahahahah
morning sis lin..
ReplyDeletemujurlah zaman ayu dulu2 tak pernah kawan2 sambut april fool..alhamdullilah sampai skrang tak pernah kena/terkena..
sesama la kak kita berkongsi ilmu.
ReplyDeleteapril fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Granada Sepanyol yg mana menyaksikan pembunuhan beramai umat islam.
Kisah selanjutnya sila layari blog saya ilhamhainy.blogspot
oittttttttt woottt woottt...april foollll....
ReplyDeletedulu kene bagi katak mampus time 1 april 2001, masih ingat sampai skang.hehe
ReplyDelete