Assalamualaikum wbt..
Dihari Jumaat yang mulia ini, dan juga sempena Hari Ibu yang mendatang, Lin nak kongsikan disini apa yang Lin baca dan juga apa yang patut dipertanggungjawabkan seorang anak itu untuk berdoa kepada Ibu Bapa nya..Setiap doa kita kepada mereka memberi berganda2 pahala dan terbukanya Syurga buat mereka dan juga kita..Sama2 kita amalkan...
Dipetik dari Halaqah.
-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
P/S: Amin Ya Rabbal Alamin...:)
entry yang bagus dikongsi bersama2
ReplyDeleteselamat hari ibu untuk sis lin,.. eik, ada lihat tak entry ayu buat khas untuk sis lin dan ben?
Amin...
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu....:-)
N3 yang boleh membuatkan hati ieta sejuk dan berbungga2.
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu buat semua Ibu2 di Malaysia. terutamanya buat Ibu Ieta. Hashimah
Ayu: Hepi Mother's Day Ayu...:)
ReplyDeleteO ye sis ada baca cuma smlm tak boleh komen, bukak guna HP..hehehehhee
thankx Ayu :)
Ummi: Selamat hari ibu juga buat Ummi..:)
ReplyDeleteMamaleta: Selamat hari ibu bt Mamaieta ye... :)
ReplyDeleteAminnn...