Assalamualaikum wbt...
Muahaha memalam cite pasal mengandung! apa buang tebiat ke Pn.Marlin ni yek..ke ada 'sesuatu' ha ha ha..
Ishh bersyukur le 3 orang yang ada tu, tak payah le lagi nak menambah ke nak tokok tambah ke, yang ada ni je dah macam 10 owang!..hu hu hu..
Ala entry ni sekadar untuk berkongsi aje, ye la kan sekarang ni musim owang kahwin., owang bertunang, dan owang menikah, jadi persiapan ke arah itu mesti ada kan kan kan..
Dah dah tak payah celoteh panjang..kowang baca dan renung2 kan dan selamat beramal, tu pun kalau ada yang nak baca.. :p
Gambar dari en.google
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
kredit: mazlina mohd nazir
P/S: Anak itu anugerah tuhan, kalau tuhan nak bagi cepat, rezki namanya, kalau tuhan belum nak bagi anak lagi, mungkin ada hikmah di sebaliknya...:)
Salam..
ReplyDeleteThanks sis lin dgn tips yg amat berguna..sdg dlm proses utk dptkn cahaya mata,smg brjaya..amin.
Singgah & follow blog sis..
hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
ReplyDeletei will be waiting for you on my blog...see u there..cheers
Niey:Wasalam...Oh ye ke? baru kahwin ye Niey? alhamdulilah..apa yg seadanya moga dpt memberi tips pada Niey yek..thankx ok...
ReplyDeleteAndrik: Hai there! nice to meet u here...thankx..ok i will visit n go to see ur blog ok! btw thankx ok... :)
ReplyDeleteinsyaAllah..dengan tips ni..nak try mengandung gak la..2 thn kawin tp still blm ada rezeki lagi...
ReplyDeletehai sis,nak mengandung lagi ke?he he heanyway thanks tips ni...jadi panduan untuk saya.. :)
ReplyDeleteUmie: Insya'allah..kita hanya berusaha, kalau dengan izin dariNya..insya'allah berjaya....
ReplyDeleteLin doakan untuk Umie juga yek.. :)
Nazuha: he he oh tidakkk..sis dah pencen! he he he
ReplyDeleteBagus bagus..untuk perancangan masa depan tu...:)
susah ke mau megandung? :/
ReplyDeletesorry tak pernah think of it.. :P
Ken: he he he susah bg yg susah Ken....
ReplyDeletesemuanya tu kuasa tuhan dan rezki..klu dia nak bg cepat, cepat le dpt anak..klu lambat, mungkin ada sebabnya...kena berusaha dan bersyukur.. :)