'Dewa Cinta' Fasha Sandha

Sis Lin
2
Assalamualaikum wbt...

Kowang tengok cite ni? baru start kelmarin, macam best kira boleh layan la, cuma di sebabkan Lin tak berapa suka dengan itu Fasha Sandha, jadi feel nak amik mood tengok tu, kadang2 ok, kadang tak ok..hu hu hu..sori! memang aku tak minat dengan dia :p
Nasib ada Iqram Dinzly tu, ada juga masyuk feel nak layan, ke ke ke.
Eh tengok cite pun kena tengok watak dan pelakonnya tau, kalau dah pelakon yang memang kita tak minat, automatik cite tu bagi kita jadi hambar je, mulut ni tak henti2 dok cakap mengumpat aje kejenya..ha ha ha.
Takde ke pelakon lain ek? ataupun amik aku ni ha jadi pelakon, mesti meletop punya!!! ha ha ha
kowang layann je laa sinopsis yang Lin amik dari Gua.com.my


Menyusul selepas drama “Nora Elena”, sebuah lagi drama penuh konflik di mana kali ini menampilkan penderitaan dua insan yang bercinta tetapi tidak dapat bersatu kerana hasutan dan hasad dengki orang lain. Disiarkan mulai 20 Jun 2011 di Slot Akasia TV3, “Dewa Cinta” bakal mewarnai petang anda dengan lakonan hebat dari pelakon kontroversi, Fasha Sandha serta Iqram Dinzly.

Terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, skrip drama bersiri 24 episod ini dihasilkan oleh Dilla Hussein dan diarahkan oleh sutradara yang tidak asing lagi, Haris Fadzillah. “Dewa Cinta” mengisahkan tentang Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida).

Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite.

“Dewa Cinta” mengisahkan tentang Iqbal yang ditakdirkan bertemu dengan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya. June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar.

Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telahpun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan ini untuk saling mengenali dan menyayangi.

Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama. Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama tiga tahun di situ.

June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”. Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada Junemerupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal.

Fariz telah bersubahat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan jadi kepada hubungan mereka? Sama-sama kita saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam “Dewa Cinta” di Slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam hanya di TV3.




P/S: Sekarang ni banyak sangat cite cinta..pastu sana sini update status, nak suami macam tu la, nak isteri yang gitu le, eeee rimasssss...bersyukur dengan apa yang ada....he he he


With Love

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ehmm...
    bto tuh...
    mulalah yg cite2 nak laki mcm seth tan
    yg laki lak berangan nak bini mcm nora elena..

    ReplyDelete
  2. Pink Lavender: Kannnnn...rimas tgk status sana sini yg cmtu...mana nak sama dgn cerita dan realiti kan...huhuhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!