Elakkan cawan & pinggan sumbing!

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt...

Haritu waktu jalan2 ke Melaka, singgah le ke satu kedai makan pekena mee bandung ala2 Muar, kitaorang pun order air, bila air sampai, sekali pusing gelas tu, Lin nampak cawan tu sumbing! ishhh Lin dan family Lin memang pantang kalau bagi owang makan atau minum cawan/pinggan sumbing ni, kalau kat rumah, mak terus buang je.
Bukannya apa, nak jauhkan dari benda yang tak elok, kita mana nak tau kot2 di sekeliling kita ni ada yang dok perhati kita, jangan di buat main2 benda2 macam ni, kalau boleh elak kita elak, bila dah terkena sapa yang susah kan..
Yang senang owang nak kenakan kita bila guna cawan/pinggan sumbing ini iailah SANTAU!..Nauzubillah mintak dijauhkan..hu hu hu. Kat sini Lin ada kongsi sikit bagaimana boleh elakkan dari nak terkena santau ni..
Info dari sini


Santau ini terbahagi kepada 2 iaitu:

Ibu santau
Santau
Pecahan santau:

Santau angin
Santau makanan

Santau adalah amalan sihir. Penghantaran sihir atau sihir tuju-tuju oleh Jin Mala'un. Ibu santau bersifat khusus. Manakala santau bersifat umum. Santau angin dihantar dengan punca angin yang berbisa ke dalam tubuh manusia melalui pembuluh darah terus meresapi keseluruh urat saraf. Manakala santau makanan pula diletakkan sesuatu barang yang merbahaya di dalam makanan seperti miang buluh,serbuk kaca atau sebagainya. Kedua-dua jenis ini bersifat halus dan ghaib dari pandangan manusia melalui tuju-tujunya.

Biasakan minum air atau makan ikut sunnah2 nabi saw..sebaik mungkin. Insya'allah selamat.

Antaranya..kalau minum..pegang cawan, ngan jari dibawah cawan atau gelas tu..kalau air panas, tapi sejuk, jaga2ler..kalau air sejuk, tapi kat bawah rasa panas..

Elakkan pinggan dan cawan sumbing..kalau kat umah, buang je. Kalau kat kedai mintak tukau..

Nak minum..tengok air yg nak diminum tu..pasti kan nampak air tu..
ada org beritahu..kena nampak bayang2 kita, kalau tak nampak..jaga2 ler.

Ataupun amalkan doa yg diajar oleh nabi saw pada khalid alwalid ra.....insya'allah.

Elakkan makan dan minum ketika marah..ikut kajian, makanan dan minuman trsebut leh jadi racun..

Santau boleh diubati dengan sepenuhnya melalui bacaan2 ayat khusus al-quran dan hadis.Begitu juga dengan amalan-amalan yang dilkukan oleh para wali-wali yang terdahulu.......eloklah diamalakan.....dan dengan pertolongan allah......maka terhindar segala bencana.......



P/S: Aku memang pantang kalau cawan atau pinggan sumbing kat kedai makan! hu hu hu..Apa tuan punya kedai tu tak check ke??? ishhh 

With Love

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bwerapa yang banyak berulang la

    ReplyDelete
  2. Faris: hahaha salah copy daaaa ha ha ha.... :p

    ReplyDelete
  3. amalkan doa syifa..

    dan..
    ayu pun kadangkala marah kat pekerja..
    sumbing sila buang..
    ada..
    ayu lempar masuk tong sampah..

    ReplyDelete
  4. Ayu: betul tu...doa syifa tu mmg kena amalkan selalu..cuma kdg2 kita leka sampai terkelu lidah nak baca bila dah terkena...huhuhu

    mmg pantang klu yg sumpik ni!!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!