Sakit Pinggang - Slip Disc

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya entry ni Lin tulis setelah melihat seorang kawan Geng Setaman Lin, Wana Ilhambeads tu yang sedang menderita sakit pinggang, kesian melihat keadaan dia, dah le tuan punya diri tu menjahir manik, jadi banyak kerja2 menjahitnya tertangguh di sebabkan sakit pinggang..*nak hantar baju Lin nk minta dia manikkan pun tak sampai hati hu hu hu
So harini Lin search cari apa kaedah dan sebab juga rawatan yang boleh di guna pakai untuk kawan Lin,Wana tu buat rujukan..moga Wana cepat sembuh dan di jauhkan dari sakit yang serius.. :)

Info di petik dari Sini

Kelinciran Disk L5(Slip disk L5)

Slip disc bermaksud kelinciran cakera dari kedudukan asalnya. Cakera atau disk berfungsi sebagai 
shock absorber atau penyerap beban. Kelinciran ini disebabkan oleh cara mengangkat barang dengan salah, kelemahan otot pinggang dan kemalangan. Kelinciran cakera ini boleh menekan saraf yang wujud di sekitarnya dan menyebabkan kekebasan di kaki.

Gejala dan Simtom

1) Sakit pinggang semasa membengkok ke hadapan
2) Sakit kadangkala turun hingga ke betis atau belakang paha bergantung kepada tahap kelinciran.
3)Kekejangan otot belakang semasa duduk, berdiri dan aktiviti harian.

Rawatannya:


1)Senaman Camel’s
-Lakukan senaman seperti gambarajah (a) dan (b) seperti diatas.
-Ulangi pergerakan diatas sebanyak 30x di waktu pagi dan petang.
-Pergerakan mesti dilakukan perlahan-lahan dan berterusan supaya cakera dapat
masuk kembali ke kedudukan asal.

2) Urutan SMT
-Urut di garis 1) dan 2) seperti gambarajah (c).
-Urut dengan menggunakan ibu jari dan minyak, ulangi sebanyak 10-15 kali atau
sehingga sakit di garis berkenaan kurang atau hilang.
**Terus lalukan rawatan ini selama 2 bulan untuk merasai perubahanya.**



P/S: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..tu saja yang Lin bayangkan...huhuhuhu


With Love

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!