Assalamualaikum wbt...
Siapa???? Sepah! Sepah! Sepah!....Ahhhh semputtttttttttttt...ha ha ha ha tanjat boboy! ke ke ke
Aduhh kalau tengok mereka2 ni semua, memang betul2 pecah perut tau! bukan gelak lagi siap kuar airmata kang ketawa...hahahahahaha
Agak2 kowang siapa? Sepah? Jambu? Nabil? Jozan? ermmm sukarkan nak buat pilihan? ermmm
Masing2 ada peminat masing2, yang ada pun menang sorak pun ada..he he he
Apa2 pun kita tunggu dan lihat..
Pesanan dari Astro: Saksikan Maharaja Lawak Akhir secara definisi tinggi melalui Saluran HD (188). Anda mestilah melanggan Astro B.yond dan Pekej Mustika untuk menikmati saluran ini. Saksikan malam ini, 24 Jun 2011, 10 malam di Astro Warna (132) dan Saluran HD (188)..
Terkini dari Murai.com.my
Jom, ikuti kelebihan yang dimiliki oleh setiap finalis Mahajara Lawak ini.
1. Jambu - Muka ganas tapi 'cute'. Itulah yang boleh disimpulkan tentang gandingan Yus dan Tauke. Terkenal dengan komedi aksi yang hanya menggunakan dialog ringkas, lakonan komedi Jambu boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik di pentas Maharaja Lawak. Komedi senyap juga merupakan salah satu kekuatan Jambu ketika membuat persembahan komedi.
2. Nabil - Si pelawak bertelinga capang ini adalah antara pelawak yang sangat popular di negara ini. .Malah, komedi Nabil adalah antara yang paling inovatif di Maharaja Lawak serta memiliki kekuatan jalan cerita yang menarik dan kreatif. Penggunaan 'props' yang unik dan pelik dalam persembahan juga banyak membantu persembahan komedi beliau yang ditampilkan secara solo.
3. Sepah: Trio jejaka dari Johor dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat atau lebih dikenali dengan panggilan Sepah. Komedi mereka berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan nadi kekuatan dalam persembahan komedi mereka. Persembahan komedi mereka adalah yang paling konsisten di sepanjang musim Maharaja Lawak ini.
4. Jozan: Johan dan Zizan atau lebih dikenali dengan gelaran Jozan merupakan pasangan duo yang paling popular di Maharaja Lawak. Kekuatan Jozan terletak pada komedi mereka yang pelbagai. Mereka juga amat jarang menggunakan komedi yang berulang. Johan yang pandai membuat mimik suara, manakala Zizan pula bijak menampilkan idea komedi yang kreatif . Gabungan ini menjadi sumber penting untuk persembahan komedi mereka.
Berdasarkan kepada kelebihan yang dimiliki oleh mereka ini, siapakah di antara mereka yang paling layak dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak?
P/S: Memang duduk menunggu depan TV le gamaknya...baik tengok kat rumah dari tengok live tu, kang lobang hidung Sepah tak nampak pulak..muahahahahaha
sis..sy pon x dpt nak agak sape juara..tapi anak2 sy suka sepah..x sabo nih nak tngu mlm..
ردحذفp/s aritu gi x mbjb..ade gambo2 x?
ain pilih jozan ngan sepah..hehee
ردحذفkita pun layan, balik kang, masak cepat2 terconggok dpn TV. sepah mmg terbaik. suka-suka. semputtt. tak boleh belah btl.
ردحذفSharifah: Kan..semua best2! tapi sis minat Sepah...he he he
ردحذفO yg kat JB tu ke? ada amik gambo..tp geram punya pasal sbb duduk belakang, malas nak upload gambonya....hahhaahha
Ain: hehehe sis pilih Sepah ...kalau Jozan menang pun ok gak puashati...:)
ردحذفCha: hehehe masak tu kang jgn lupa letak garam..hahahaha
ردحذفsis nak bt cekodok je kang....