Suami dapat insentif kalau kahwin lagi???

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt.,..

Haa tajuk tu lebih kurang gitu le, huh! apa yang kowang fikir? tak patut tak patut, da buat undang2 macam tu, ada kebaikannya ke? lagi menggalakkan ada le..ishhh
Tengah duduk belek2 surat khabar, tup2 terpandang dan terbaca berita ni, ada ke patut nak bagi insentif pada suami jikan mereka kahwin dan tidak menyembunyikan perkahwinan kepada isteri yang lain..?????? motif??? nak supaya suami2 semua bersikap jujur dan berterus terang??? atau terdesak nak kan duit insentif tu semata2 tapi orang lain yang menderita?? oh pleaseee lahh takde maknanya semuanya ni, lagi akan mendatangkan porak peranda rumah tangga adalah..itu pada pandangan Lin la..huhuhu memang betul2 terSENTAP!!!!..


Insentif kepada suami yang tidak sembunyikan berkahwin lain



KOTA BHARU 21 Jun – Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui isteri dan anggota keluarga yang lain.


"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaccob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.
"Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.


Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya. 


Berita terkini dari Utusan Online



P/S: Sangat2 TIDAK SETUJU dengan cadangan ini...janganlah sampai macam tu sekali nak menguji kejujuran seorang suami..bukan duit insentif yang di tagihkan tapi kasih sayang, keihlasan juga kejujuran dalam perkahwinan itu yang lebih di utamakan...hu hu hu hu


With Love

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!