Assalamualaikum wbt...
Hati panasss pagi2 ni dek kerana entry si owang nak berTUNANG tu! arghhh tak nak baca dan komen lagilah, *tapi aku skodeng je kang! ha ha ha
Tapi ni entry lagi panasss cuma bukan nak cerita pasal si 'S' dan si 'N' tu..tapi nak cerita apa yang aku tahu dan baru aku tahu..Bukan nak aibkan sapa2 dan bukan nak sekat periuk nasi sapa2 tapi aku tak sangka dan tak menyangka pulak ada orang macam tu. Mungkin salah aku dan kawan2 aku sebab baru mendengar sebelah pihak, tapi sebelum kawan aku tu cerita pasal dia tu, dari mula lagi aku dan kawan2 aku dah perasan dan rasa sikit putar belit dia..tapiii kitaorang layan je lagi...
Ok ni aku sekadar luahkan apa yang aku tahu daripada yang sedia tahu, bukan aku nak kepoci ke, sibuk jaga tepi kain owang ke, buzybody ke, tapi untuk berhati2 dan supaya tak kena kat owang lain, so kalau tak betul maka tak betul le apa yang kawan aku kata...Kalau ada sapa2 yang nak terasa, jangan melenting tak tentu pasal ok, sebab aku tak mention pun nama sapa2, cuma sapa makan cili dialah yang terasa pedasnya...
Yang aku tahu..
-Ingatkan selama ni dia yang buat, rupanya hantar kat orang/kedai yang buat! hampehhhhhhh!
(ini pengakuan dia sendiri pada kawan aku tu)
Yang aku tahu...
-Ingatkan ye la owangnya jujur rupanya kawan makan kawan.
(perjanjian yang di buat dengan kawan aku langsung tak nampak apa, umpama 'cakap tak serupa bikin')
Yang aku tahu..
-Ingatkan serba boleh dalam semua bidang, rupanya dia boleh hantar kedai je tolong buat, pastu promote kata dia yang buat..adeiii boleh gitu.
(ini pun pengakuan dia sendiri pada kawan aku)
Yang aku tahu..
-Sekarang tengah hangat bercinta! ishhh dosaaaaa...
(yang ni tak payah le nak cakap, sendiri buat sendiri le tanggung dosa, hak masing2, aku cuma cakap dari mata yang aku nampak bila aku 'terjah' dengan kawan aku) tak pasal2 kang aku bersubahat! ishhh auzubillah
Yang aku tahu..
-Aku tengah mengumpat, pun dosa juga, tapi buat teladan semua, kalau tuhan dah bagi bakat kita setakat itu saja, dan rezki kita takat itu aja, janganlah menipu dan aniaya kawan sendiri, bukan sikit2 punya kerugian, banyak, pastu kasi promote sana sini semuanya, nanti kalau sampai owang tahu, sapa yang susah dan malu..diri sendiri juga, kang mula kata owang ni menyibuk lah, kepoci lah, mula maki hamun, tapi cuba renungkan balik, apa yang telah kita buat, baru lah nak marah pada yang sebarkan cerita dan tukang dengar cerita..
Kan ada pepatah, kalau takde angin bergoyang...masakan pokok boleh bergocanggg kan kan!
Tapi aku memang salute dan bangga dengan kawan aku tulah, dah banyak kali terkena pun, dia tak menyerang dan takde lah nak hebohkan kes ni, cuma perhati dari jauh aje, tapi aku pulak yang panas hati bila dengar, sebab memang aku tak sangkaaa sangat2, dalam baik rupanya topeng muka berlapis2..!
Untuk DIA: 'kalau kau ada baca ni dan terasa, nanti ko settle lah antara kau dan kawan aku tu je yek..tak payah nak maki hamun aku dan kawan2 aku, aku tahu pun sebab kawan aku yang kongsi cerita, aku dan kawan2 aku cuma mendengar, kalu tak kawan aku cerita, aku pun tak tahu jugak, dan kawan aku tu dok menyengih sorang2 melihat gelagat aku dan kawan2 aku dok memuji kau..ha ha ha ha'
Ko tak takut ke Lin?? takut? pehal aku nak takut? eh aku ada sebut ke nama sapa2? Jangan main tuduh2 ok, ni blog aku, aku punya sukalahhhhh! mana le tau kan, ni skrip dan tajuk untuk 'novel' terbaru aku! muahahahahahahhahahaa
P/S: Nak serkap jarang aje ni, nak tau sapa DIA? kowang tunggu ok, kalau ada sapa2 yang melenting dan telefon, sms, PM atau post kat fb aku tu marah2, maknaya 'dia' lah orangnya atau wakil dia, nanti aku C&P apa yang dia tulis untuk buka mata semua owang! Jangan main2...!
With Love
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.