Petua Puasa.

Sis Lin
6
Assalamualaikum wbt...

Sebagai persediaan nak menyambut ramadhan ni, seperti biasa le, juga tahun2 dulu sudah, Lin mesti bagi tips untuk puasa kan, tak kira le walaupun Lin c&p aje ke atau pun sumber dari mana, yang penting dapat juga kita kongsi bersama kan, kalau tak kowang takkan search baca punya kan??? :p
Biasa le, kalau dengar je puasa, macam2 penyakit nanti hinggap, ada je kan, time tak puasa takde pulak sakitnya, itu semua sebab takde persediaan..hehehehe
Ok ok dah, sebelum melalut panjang2 lebar ni, jom kita baca dan amalkan untuk persediaan bulan Ramadhan nanti.
Sumber dari Sioloon.


Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa: 

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau,
kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin
juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit
kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta
lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia
akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna
water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut
mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan
berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara
perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi
getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang
terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap
batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan
kimia: 


(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan
seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan
seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia
menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya: 

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar
glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi
putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga
mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa
begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan
berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik 



P?S: Wahh tak sabar mau ke bazar Ramadhan..ahakkkzzz :p


Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Oh Oeya: Thankx..sharing is caring...
    Nak share amik le..C&P aje..hehehhe

    ReplyDelete
  2. rumah aku tak de 'air penapis' mcm mana yek? nanti kau hadiahkan boleh? ha ha ha ha....

    ReplyDelete
  3. Nik Nurehan: kannnn mesti macam2 ada kannnnnnn :)

    ReplyDelete
  4. Shaizhar: Demandnyaaa...hahahahha x mintak cik tunang belikan..heheheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!