Rahsia Jari Runcing Terbongkar!

Sis Lin
8
Assalamualaikum wbt...

Terpanggil dengan soalan 'kawan' Lin pagi tadi yang berbunyi 'Pstt apa cite Runcing Jari tu?'...teeeeeeeeeeet...Siapa? oh itu bukan sesiapa ok, nak tau baca dulu ye..*tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati* :p
Haaa bagi menjawab soalannya pagi tadi..so korek punya korek, skodeng punya skodeng, akhirnya terbongkar le jugak rahsia si Runcing Jari ni, so camne Kak? mesti tengah duk belek2 jari dia yang runcing tu..hahahahaha....Jari je yang runcing takpe, jangan pulak suka tuding jari ye Kak..he he he he
Kowang pun nak kepoh gak ke nak tau? Joom kita baca yek....lalalalalala...


Rahsia jari wanita

Jari kecil, halus dan hujungnya meruncing
Wanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah.

Jari runcing dan panjang
Sifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias.

Jari pendek
Wanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh.

Jari besar dan gemuk
Wanita ini bersifat terlalu berhati-hati sehingga kesannya malas bertindak.

Jari tengah dan jari manis sama panjang
Wanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka.

Jari tengah dan telunjuk sama panjang
Perempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha.

Jari tengah paling tinggi dan menonjol
Biasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya.

Tiga jari sama tinggi
Berbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu.

Ibu jari yang besar dan kuat
Ibu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.

Ibu jari kurus dan lembik
Wanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain.

Hujung ibu jari runcing
Wanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana.

Hujung ibu jari yang berbentuk persegi
Hal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain.

Kredit info dari SINI


Haa ye ye yang ini jari aku yang terbaru, bukan jari en.google yek..hahahaha.. Sila jangan ketawa ok!!!!
So jari aku ni kategori yang mana ek??? rasanya bulat, gemuk dan besar tu..kan kan kan..hik hik hik..
Jari runcing ke runcing jari???? ermmmmmm




P/S: Pasal jari pun nak buat isu..hahahaaaaaaaaaaa..ada aku kesah! Janji aku update blog! :p



إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SERIUS COMEL JARI SIS LIN.. GEBU CAN COMEL-COMEL.. HHIHIIHI

    ردحذف
  2. IEB: Hahaha adeiii comei mcm tu...gumuk2 kan jarinyaaa,,,,,

    Ada mcm tangan CMG x? hahahaha

    ردحذف
  3. Oh Oeya: klu bonot2 tu katageri mcm kita le..jari gumuk's..hehehehe

    ردحذف
  4. Lepas belek belek jari jemari ku yang gomok gomok ini.. dan selepas membelek belek cerita di sebalik jari ni... mama pilih yang IBU JARI YANG BESAR DAN KUAT. Kenapa? Sebab best sket dia punya kriteria.. bley? Ahahahahaha... layan je la Lin...

    ردحذف
  5. MamaFami: hahaha siap membelek lagi tu..kekekekeke..

    tu sbb jari ke sbb kriteris dia? hahahahaha..adeiiii
    ye la Ma...layan aje..sekadar suka2 je tu..hahahahah

    ردحذف
  6. Mak Wardah: Salam perkenalan juga Mak..Terima kasih sudi singgah ke sini :)
    Jari montok sebab orgnya pun montok..hehehhe

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!