Tarikh Peperiksaan Awam 2011

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

Semakin berdebar2 macam orang nak amik ujian pulak mak dan bapak masing2, mahunya tak tiap kali anak2 nak amik ujian besar, mereka lah yang sibuk dan risau, anak2? ermmmm *malas nak cakap!
Tapi tak pe, mungkin anak2 dah bersedia atau buat sahaja sebab nak kurangkan stress, mana kita tau kan? yang penting semangat dan sokongan juga dorongan dari kita untuk anak2 itu yang penting...:)
Ibu bapa yang dah berpengalaman mungkin dah rasa debarannya, bagi Lin tahun ni adalah tahun ujian bagi anak2 Lin,Naz dan Yana. 
Naz akan menduduki SPM dan Yana akan hadapi PMR..so kita doakan yang terbaik buat mereka la yek. Ibu bapa mana tak nak tengok anak2 mereka berjaya kan...:)
Jom kita kongsi dan buat 'reminder' jadual dan tarikh penting anak2 yang akan hadapi ujian..
Info kredit dari Eputa

Image search dari en.google.

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET 2011

Jadual peperiksaan untuk UPSRPMRSPM dan STAM bagi tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011 pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;
UPSR 2011:Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis13 – 15 September 2011
 PMR 2011:Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis4 – 6 Oktober 2011
10 – 11 Oktober 2011
SPM 2011:Sijil Pelajaran Malaysia

Amali~ akan diumumkan ~
Ujian Bertulis14 Nov – 14 Disember 2011
SPM (U) 2011:Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)

Ujian Lisan15 – 17 Jun 2011
Ujian Bertulis13 – 14 Jun 2011
 STPM 2011:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2011 – belum dikeluarkan

Ujian Lisan20 – 22 September 2011
27 – 29 September 2011
Ujian Bertulis21 Nov – 15 Disember 2011
STAM 2011: Sijil Tinggi Agama Malaysia
Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2011 – belum dikeluarkan

Ujian Lisan11 – 14 Julai 2011
18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis12 – 13 Oktober 2011
17 – 19 Oktober 2011
 MUET 2011: Malaysian University English Test
Pertengahan TahunAkhir Tahun
Ujian Speaking4 – 6 April 201111 – 13 Oktober 2011
11 –13 April 201118 – 20 Oktober 2011
Ujian Bertulis16 April 201119 November 2011

Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
  • UPSR : 03 – 8884 3382
  • PMR : 03 – 8884 3394
  • SPM : 03 – 8884 3330
  • STAM : 03 – 8884 3340
  • STPM : 03 – 6136 9663
  • MUET : 03 – 6136 9663



P/S: Dug dag dug dag rasanyaa....Anak2 Mak mesti bolehhhhh!!!! Insya'allah...:)


Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Anak kita kecik lagi..
    Semalam bru kasi Jadual Ujian Bulanan 2/2011..
    Start 16 Ogos ni..
    Semoga kejayaan bersama anak-anak kita semua ye Lin, Amin.

    psstt!! Lin, kita pon kena sedia kannn.. sedia 'hadiah'.. ye laaa kot 'kebabomm terbaikk' result anak2 kita ni heheh :)

    ردحذف
  2. Alhamdulillah. Semoga keluarga Encik Sabar dapatlah datang ke majlis ku 11.12.11. A-Min

    ردحذف
  3. Oh Oeya: Oic..tapi anak kecik ke anak besar ke, persediaan tetap kena ada...
    Anak yg ujian, mak2 nya yg jadi nerveous..huhuhu

    Moga kejayaan milik anak2 kita semua ye.. :)

    Aminnnn

    ردحذف
  4. Shaizhar: Insya'allah...tak boleh nak kata buat apa ni...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!