Assalamualaikum wbt..
Semakin berdebar2 macam orang nak amik ujian pulak mak dan bapak masing2, mahunya tak tiap kali anak2 nak amik ujian besar, mereka lah yang sibuk dan risau, anak2? ermmmm *malas nak cakap!
Tapi tak pe, mungkin anak2 dah bersedia atau buat sahaja sebab nak kurangkan stress, mana kita tau kan? yang penting semangat dan sokongan juga dorongan dari kita untuk anak2 itu yang penting...:)
Ibu bapa yang dah berpengalaman mungkin dah rasa debarannya, bagi Lin tahun ni adalah tahun ujian bagi anak2 Lin,Naz dan Yana.
Naz akan menduduki SPM dan Yana akan hadapi PMR..so kita doakan yang terbaik buat mereka la yek. Ibu bapa mana tak nak tengok anak2 mereka berjaya kan...:)
Jom kita kongsi dan buat 'reminder' jadual dan tarikh penting anak2 yang akan hadapi ujian..
Info kredit dari Eputa
Image search dari en.google.
Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET 2011
Jadual peperiksaan untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM bagi tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011 pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;
UPSR 2011:Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis | 13 – 15 September 2011 |
PMR 2011:Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis | 4 – 6 Oktober 2011 |
10 – 11 Oktober 2011 |
Amali | ~ akan diumumkan ~ |
Ujian Bertulis | 14 Nov – 14 Disember 2011 |
SPM (U) 2011:Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
Ujian Lisan | 15 – 17 Jun 2011 |
Ujian Bertulis | 13 – 14 Jun 2011 |
STPM 2011:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2011 – belum dikeluarkan
Ujian Lisan | 20 – 22 September 2011 |
27 – 29 September 2011 | |
Ujian Bertulis | 21 Nov – 15 Disember 2011 |
STAM 2011: Sijil Tinggi Agama Malaysia
Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2011 – belum dikeluarkan
Ujian Lisan | 11 – 14 Julai 2011 |
18 – 21 Julai 2011 | |
Ujian Bertulis | 12 – 13 Oktober 2011 |
17 – 19 Oktober 2011 |
MUET 2011: Malaysian University English Test
Pertengahan Tahun | Akhir Tahun | |
Ujian Speaking | 4 – 6 April 2011 | 11 – 13 Oktober 2011 |
11 –13 April 2011 | 18 – 20 Oktober 2011 | |
Ujian Bertulis | 16 April 2011 | 19 November 2011 |
Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
- UPSR : 03 – 8884 3382
- PMR : 03 – 8884 3394
- SPM : 03 – 8884 3330
- STAM : 03 – 8884 3340
- STPM : 03 – 6136 9663
- MUET : 03 – 6136 9663
P/S: Dug dag dug dag rasanyaa....Anak2 Mak mesti bolehhhhh!!!! Insya'allah...:)
Anak kita kecik lagi..
ReplyDeleteSemalam bru kasi Jadual Ujian Bulanan 2/2011..
Start 16 Ogos ni..
Semoga kejayaan bersama anak-anak kita semua ye Lin, Amin.
psstt!! Lin, kita pon kena sedia kannn.. sedia 'hadiah'.. ye laaa kot 'kebabomm terbaikk' result anak2 kita ni heheh :)
Alhamdulillah. Semoga keluarga Encik Sabar dapatlah datang ke majlis ku 11.12.11. A-Min
ReplyDeleteOh Oeya: Oic..tapi anak kecik ke anak besar ke, persediaan tetap kena ada...
ReplyDeleteAnak yg ujian, mak2 nya yg jadi nerveous..huhuhu
Moga kejayaan milik anak2 kita semua ye.. :)
Aminnnn
Shaizhar: Insya'allah...tak boleh nak kata buat apa ni...
ReplyDelete