Assalamualaikum wbt....
Arghh jam dah dekat pukul 4pm tapi otak masih jem nak fikir masak apa ni aduhhhh..tapi rasanya nak buat sup telur dengan sambal sotong kering, bahan2 pun dah siap sedia, tinggal nak turun dapur pegang kuali je, ok le tu kan, malassssnyaaaaa la harini..huhuhuhuhu.
Kang masak sedap2, makan banyak2 kang, ada tak muat baju raya tu, kes naya kang, silap2 timbang, jarum tu membengkok laju je gerak, aduhhhhhhh dari saiz M ke saiz L, uishh mintak dijauhkan...
Tapi sapa kata kalau badan besar tak boleh bergaya? sapa sapa? jangan memain sekali mereka bergaya, huh kalau kowang yang bersaiz S tu tau! lebih nampak comei dan cute! alaaa macam Enot tu, kan cantik kannn..cuma kena pandai dan bijak mengayakannya aje, salah gaya, nampak makin besar le badan tu...
So untuk tip bergaya kali ni, Lin search khas untuk yang berbadan besar dari L-XXL..dapat juga kowang praktikkan...Selamat mencuba :)
Bagi mereka yang memiliki pinggul yang lebar dan buntu mahu memakai baju tradisional yang boleh menutup pinggul anda yang lebar, selain baju kurung atau baju kebaya, apakata anda baca tips dan fesyen lain untuk baju anda.
Design yang pertama ala-ala kurung moden, tetapi ianya agak longgar dan selesa di pakai. Disamping itu anda boleh menyembunyikan juga pinggul anda yang lebar tu. Buatkan sedikit 'cutting' di bahagian pinggang. Terpulang pada pemakai. sama ada nak tambahkan lisu(dart) atau biarkan potongan lurus.
Biasanya baju sebegini dipadankan dengan kain lipat batik atau kain belah. kain kipas belakang adalah kurang sesuai.Ini kerana baju tu agak labuh dan mencecah lutut..Jikalau anda ingin menggunakan fabrik yang kosong, tambahkan aksesori seperti sulaman atau manik di bahagian leher, lengan dan sebagainya. Potongan leher V juga dapat membentuk leher anda kelihatan lebih jinjang. Elakkan potongan leher yang berkolar.
Untuk design yang kedua.. ramai di antara kita yang terlupa dengan baju kurung kedah. Tahukah bahawa baju kurung kedah dapat memperlihatkan tubuh badan kelihatan lebih tinggi dan kurus. bukanlah bermaksud kita buat baju kurung kedah yang opah-opah selalu pakai tu. 'renovate' sedikit.. biasanya baju ini tidak ada lisu(dart).. tetapi boleh dipotong berpinggang tanpa ada lisu di bahagian belakang. Baju kurung kedah biasanya di gandingkan dengan kain kipas belakang atau lipat batik.. terpulang kepada pemakai. Labuh tangan pula adalah 3 suku. Tetapi juga boleh diubah menjadi labuh separas pergelangan tangan.
Design ketiga ala-ala mini jubah. Bukan jubah yang serkup satu badan tu.. tetapi yang biasa dipakai dengan seluar. Labuh baju jangan terlampau labuh sama seperti labuh baju kurung. ini akan menampakkan anda kelihatan lagi rendah.. potongan leher separa sampan juga dapat menjinjangkan leher anda. Cukup sekadar belahan di hadapan atau di sisi sahaja. Elakkan dari belahan baju di kedua-dua bahagian. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi lebar terutama di bahagian pinggul.
Bahagian sgt perlu dititik beratkan:
- potongan lengan yang kembang tu akan menampakkan kelebaran badan anda lagilah lebar
- baju kaftan juga tidak berapa sesuai dengan pemakai yang gempal
- pilih pakaian yang berlengan untuk menutup rupa korang yang lebar terutama di bahagian sisi badan
Image dan sumber search dari SINI
P/S: Oooo 'SuperMak' mai le sini tolong aku kemas niii...adeiii rumah macam tongkang karam!
Mak beli siap je nokkk! :D
ردحذف*psstt! lom bli pong heheh..
Oh Oeya: Waaa lagi senang kan..tp jgn salah gaya pulak, jgn beli tangkap muat je, nmpk lawo tp nnti pakai, mcm pokok krismas..hahahahaha
ردحذفmesti baju dia glam kannnn!
biasa buat baju kurung atau kurung riau. senang boleh buat gi kerja juga.
ردحذفbetul betul, pakai baju kurung moden nampak kan kita kurus tapi nampak kan susuk badan juga..
ردحذفye ye ako ada baju kurung moden,
mmg bila pakai nmpak sgt perbezaan nyaa.... hehee ;-)
Teratai: Yup..baju kurung mmg mudah nak pakai dan padankan di mana2 mjlis kan...:)
ردحذفRetna: Ye baju kurung moden dgn baju kebaya tak sama potongannya walaupun kedua2nya nampak ada potongan badan..hehehehe
ردحذفaku lbh prefer pakai baju kurung pahang..cantikkk :)
Lawa pe pokok krismas.. dari pokok togeh hik3 :D
ردحذفGlam?! Takde laa.. gelama mak iloiii iloii ada kui3 :D
Oh Oeya: hahahaha ikan gelama masak lomak cili api pun sodappp! :p
ردحذفkurung pahang, klu badan kurus mmg cantek, tapi klu badan lebar mcm ako,, adehh tak lawa lagi nampak besa montot nya ni
ردحذف