Assalamualaikum wbt..
Lapar tak? aikk dah pergi openhouse 4 buah rumah pun lapar lagi? ishhhh ishhhh kuat nafsu makan betul tau kowang ni! Jangan makan berlebihan nanti macam2 penyakit yang singgah.. :p
Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
Image search dari en.google.
(1) Minum terlalu banyak minuman manis
- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran
- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula
- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak
- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan
- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.
P/S: Dah 3 hari aku tak makan nasi!!!! bukan diet tapi sana sini pergi openhouse, makan soto, laksa dan juga mee rebus..huhuhuhu
good info, thanks for sharing..
ReplyDeleteFatin Marz: Sama2 dear... :)
ReplyDeletesetuju sangat2 pengkongsian yang baik nie..
ReplyDeleteayu kan pi mana2 rumah jiran.. tak minum air manis..
jangan tuan rumah anggap ayu nie melebih sudahlah..
tak tertelan air batu atau air manis.....
saya suka lapar, sebab saya nak gumuk.
ReplyDeleteAyu: Sama2 Ayu...
ReplyDeleteSis plk klu gi openhopuse mesti selalu kena minum air manis, sbb menu selalu pedasss...klu x minum air batu, mau pijar lidah nak bercakap..huhuhuhu
Eiela: Opsss pulak...kamu kurus sangat ke Ila??? huhuhuhu
ReplyDeleteinfo yg bagus...patutlah lapar saya selalu minum manis...hehe.
ReplyDeleteburlppp akhirnya br dapat lunch nasi arini hehee
ReplyDeleteLieynalinaz: hehehe Sis pun baru tawu juga ni..so lepas ni kita perbanyakkan minum air suam ye.. :)
ReplyDeleteRetna: Erkkk aku dah masuk 4 hari tak makan nasi..huhuhu diet! :p
ReplyDeletesis ieb klu bosan rasa nak makan jer
ReplyDeletekita kalau lama sangat tak makan nasi, nanti tiba2 rindu nak makan nasi panas, kicap dgn telur goreng dan ikan bilis lada hiris. hihiii sedap2.
ReplyDeletekocek ni selalu betol laparrr!!
ReplyDeletelagi lepas raya waduhhh!!
hihihihi :D
ampunnn bu...