Cerita raya AKU..Biasa-biasa aja.

Sis Lin
6
Assalamualaikum wbt...

Cerita raya aku? ermm seperti tajuk kat atas tu, biasa-biasa aje, takde yang istimewa dan surprise untuk tahun ni, tiap kali raya macam ni la aku, tiap kali raya rasanya sama aje, anak2 yang excited nak beraya pakai baju baru dan juga nak dapat duit raya. Aku? ermmm macam2 kisah disebaliknya, lumrah hidup apa yang dirancang tak semestinya akan tercapai dan tertunai kan..ermmm *rahasia diri*
Tapi raya tetap raya, selagi Syawal boleh beraya lagi, sapa yang tak tau nak beraya dan meraikan raya, ntah apa jenis le manusia tu kan, tak bersyukur namanya, sekurang2nya tau apa itu kemenangan Ramadhan buat diri sendiri, ishhhh susah nak cakap dengan orang yang cakap 'aku tak raya'..tak nak raya sudah!!! 
Lagi gambar raya dalam entry WW# di SINI


1 Syawal.: Tahun ni beraya di JB so macam biasa kena masak la kan, rendang daging, kari ayam juga lodeh semua Lin masak seawal jam 12am non stop sampai ke pagi, memang tak tido ok! sampaikan ngantukkk's sangat2 pagi raya tu..hu hu, tapi untuk insan2 tersayang, senyum di pagi Syawal terukir dengan manisnya..
Family keluarga Lin memang tak besar mana pun, beraya dengan Mak juga adik2 dan anak2 sedara aje, sedara mara memang ramai nak pi beraya sana sini, masing2 semua bizi dengan hal masing2, jadi 1 Syawal tu memang habiskan masa makan dan makan aje di rumah mak..hehehehe :P


2 Syawal: Seawal pagi dah bangun panaskan lauk pauk mana yang ada, terus kejut anak2 bangun dan bersiap2 nak menziarah kubur arwah Abah, adik juga datuk & nenek Lin. Biasanya memang Mak akan pergi raya ke-2 sebab raya per-1 memang ramai dan banyak kete di tanah perkuburan tu, sesak, bukannya apa, kesiankan Mak tu nanti kena jalan jauh nak ke satu kubur ke satu kubur..
Dari pagi sampai ke petang duduk lepak aje kat rumah Mak, pastu baru keluar beraya rumah adik Lin kat Desa Jaya, malam balik lepak tengok tv aje kat rumah, maklum le raya tahun ni macam2 cite hantu ada..hahahaha :p


3 Syawal: Plan raya ke-3 nak ke Yong Peng beraya rumah Pak Itam yakni adik Mak Lin yang no-4 yang sama2 memeluk Islam menyambut hari raya. So berkonvoi le dengan 2 orang adik Lin, Lily dan juga Julie. Jalanraya agak sesak dan slow juga, banyak kete atas jalan yang masing2 ntah mana arah tujuannya nak pi beraya, so berhati2 di jalan raya, dah aku yang bawak, mesti le berkhemah je kan..hehehehe :p
Sampai rumah Pak Itam, disajikan pulak dengan nasi beriani kari kambing, ikan patin lemak cili api juga lauk pauk beriani yang lain..perghh memang kawwwwww baikk punya sedappp!
Haa biasa le bila dah kenyang tak reti nak balik..hahahahahaha, aduhh buncit sudah perut, so stering bertukar tangan kat mr.hubby, aku ngantuk sangat2 sampai tertido waktu nak balik ke JB tu..huhuhuhu
Malamnya Kasawari dan family datang beraya, sempat juga la buat mee soto untuk mereka, sambil makan, lepak, main bunga api dan tertido ayam dengan aku sekali sampai dekat jam 2am kekekekeke.
Yang penting hepiiii :)

*entry bersambung nanti...letih nak menaip laaaa..hahahahaha :p




P/S: Suka tengok gambar kawan2 yang beraya sana sini dengan sedara mara sepupu sepapat :((


Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. penuh aktiviti jejalan dan makan2. best kan lin. kekeke

    ReplyDelete
  2. NIk Nurehan: Kannn makan makan makan..takut nak naik atas timbang Ann..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Cantik baju kurung dalam gambar pertama :)

    ReplyDelete
  4. S.A: Hehehe itu pasang raya pertama..kena vouge sikit..muahahahahah :p

    ReplyDelete
  5. Sunag: hehehe purple purple..nasib raya ke-3 tu hijoooo :p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!