Assalamualaikum wbt...
Selamat Hari Raya bagi sesiapa yang meraikan Hari Raya Puasa Enam harini, alhamdulilah syukur.
Bagi yang belum tu macam aku ni, sila sila lah ye, jika kesihatan tu baik, boleh la kita sama2 menunaikannya, jangan asyik makan kat openhouse tu je, sampai lupa nak puasa..hehehehe kata nak kurusss *peringatan buat diri sendiri*
Jadi mari kita renung dan baca apa rahsia dan hikmah disebalik kita berpuasa enam tu, yang Lin petik dan baca dari
INTIM.
Image search dari en.google.
Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.
Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal 1426H secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.
Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.
Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)
P/S: Harini nak pi raya, so cite sambungan raya tu sambung nanti yek.. :p
an x pernah lg bpuasa 6 tau lin..
ReplyDeleteNik Nurehan: Lin selalu hujung2 je Ann..tp thn lepas tak dpt buat sbb hujung raya tu demam..huhuhu
ReplyDelete