Assalamualaikum wbt..
KUALA LUMPUR - Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.
Bahagian Perhubungan Media dan Penulis, Pusat Perubatan Prince Court, Annie Freeda Cruez berkata, setakat ini seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa sudah mendaftar di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.
"Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Annie berkata, kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.
Malah tambahnya, bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.
"Selain itu, bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu," ujarnya.
Info dan image dari Kosmo Online
*Bukan kata ramai ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada 11.11.11 tu, tapi ramai pasangan-pasangan bakal pengantin yang akan melangsungkan pernikahan mereka..ermmmm tarikh keramat betul kan? penuh le hospital dan mesjid kan..hehehehe
P/S: Jangan tak percaya, setakat ni aku ada 5 kad jemputan kahwin untuk tarikh 11.11.11 tu,.huhuhu
assalamualaikum...
ردحذفsalam hari raya aidiladha..
sempena bulan baik nii... ramai nye yg nk anak kuar 11.11.11
tapi atas ketentuanNYA jugk..
yee... ibu2 harap bersabar lah yeee////
have a nice day
Darulamanku: Waalaikumsalam...
ردحذفSalam hari raya juga...
betul tu, ramai yg korban nak operate sbb nakkan date 11.11.11..ermmm tapi semuanya ketentuan drNya kan...
nasib saya besday 19.11 hahaaaa :p
Birthday Arwah Mak dulu 9.9.99.. Ade dia kesah ;-)
ردحذف19 hb ni rewang laaaa kui3 :D
lalalalalalalalalalalalalalala..
Oh Oeya: Oo ye keee? apa ada pada nombor..kan kan?
ردحذف19hb rewang? huwaaa silap2 aku kena rewang! :p