Assalamualaikum wbt...
Cerita ini kowang mesti baca sampai habis, kowang fahamkan betul2, mesti menitis airmata :((
Sekadar renungan kita bersama....
Image search dari en.google.
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG IBU
KENAPA KITA LEBIH SAYANGKAN IBU DARI AYAH ?
Kita selalu nampak ayah bagi duit kat ibu, tiap2 bulan untuk perbelanjaan selama sebulan, ibu tersenyum tapi dalam hati susah hati. mana nak fikir bagaimana nak manage duit 300 untuk pebelanjaan rumah & anak2 selama sebulan sedangkan gaji ayah 3500++.. ibu kena cari duit lagi...
Kita selalu nampak ibu happy dapat keluar jalan dengan ayah tapi hati sedih sebab ayah taknak bawa anak2 keluar sekali.. taknak keluar ramai2... ibu susah hati mengenangkan anak2 tinggal kat rumah...
Kita selalu pikir, ibu bahagia dengan ayah... lalu kita pikir pasal orang luar, tapi ibu bahagia? Takpon!!!
Ayah selalu tak balik rumah, kita tanya ibu, kenapa ayah lama tak balik.. ibu dengan perlahan memujuk kita, ayah kerja.. cari duit untuk kita... air mata ibu mengalir, dalam hati :
'Maafkan ibu kerana tipu anak2 ibu”..
Bila kita lapar, nak makan yang sedap2 tapi ibu tak dapat nak tunaikan... kita marah2.. tapi tau tak kenapa?? ibu tak cukup duit.
Bila kita sambung belajar, ibu lah yang paling susah hati, sebab akan berjauhan dengan anak tersayang...
Bila ada rombongan datang ke rumah, bertanya tentang anaknya, ibu susah hati takut kalau2 anak dia tak terjaga oleh pasangannya nanti.
Saat tarikh majlis ditetapkan, ibulah yang paling risau mengalahkan pengantin. pergi sana sini.. tempah itu ini.. beli yang itu yang ini... korek duit situ sini... sebab ibu nak pastikan majlis anaknya itu nanti berjalan lancar seperti yang diidamkan anaknya...
Saat saksi mengesahkan akad nikah, ibu menangis gembira.. bukan nak menunjuk air mata, tapi tanda yang dia relakan kebahagiaan anaknya bersama dengan pasangannya..
Bila kita sedih, rasa nak nangis, kenapa kita tak sebut ayah?? Tapi kita sebut ibu, mak, mama, umi??
Sebab ibu lah paling bermakna dalam hidup kita... yang mewarnai hidup kita... yang mengajar kita ABC & ALIF BA TA time kita kecik, yang mengajar kita BETUL SALAH & HARAM HALAL dalam kehidupan, yang mengajar kita erti KEMAAFAN & DENDAM, yang mengajar kita SYUKUR & TAMAK, yg PENTING, IBU lah yang mengajar kita ERTI KASIH & SAYANG yang sebenar... yang sentiasa ada saat kita memerlukannya..
Jadi apa peranan ayah sebenarnya??? Hanya bekerja cari duit yang tak seberapa. yang langsung tak ambil tau soal anak2nya... Benar, kalau kalian fikir saya ada problem dengan ayah.. sebab kami takder ayah lagi.. bukan berpisah mati, tp berpisah hidup tanpa menjalankan tanggungjawabnya... kami cuma ada ibu.. yang membanting tulang untuk memastikan kami adik2 dapat teruskan hidup sepert orang lain.. janji ayah, susah senang sama2 dah terkubur.. janji ayah, sayang sampai syurga dipinggir neraka. janji ayah, akan pastikan ibu & anak2 bahagia pecah seribu terbidik sembilu..
JANJI seorang AYAH kini hanya tinggal JANJI di padang pasir... saya bukan nak menafikan peranan ayah dalam kehidupan, cuma its depands to situation.. BAGI KAMI, IBU ADALAH SEGALA-GALANYA...
kredit: Che Wan Nor Farah Iqma
P/S: Mengalir airmata membacanya..huhuhu
Hati seorang ibu...anak2 adalah segalanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dpt suami yg sama2 saling membantu :)
Alin: Alhamdulilah...beruntung dan bertuah badan Alin..
ReplyDeleteKita kena saling faham memahami dan saling bekerjasama mendidik dan mengurus rumah tangga, bru lah dtgnya perlu antara satu sama lain.. :)
Pernah tak dengar, kalau orang terjatuh, terkejut, termelatah.. dia akan sebut, "Oh Mak Kau", "Makkkkk!", "Makkkk Tolongggggg!". Jarang sangat yang sebut ayah. Tu dah membuktikan mak paling dekat di hati kita.
ReplyDeleteOh! Saya rindukan ayah saya yang telah tiada kerana jasanya menghantar saya ke sekolah.. bagi saya ibu & ayah sama2 membawa makna yang besar dalam hidup saya, syukur kerana Allah mengurniakan ayah & ibu yg baik kepada saya.
Salam Sis...mmg sedih. Pengorbanan seorang IBU tiada ganti.Mohon copy n share ye sis...TQ
ReplyDeleteSari: Mak & Ayah ada kelebihan masing2....cuma yg terasa sangat bila 'emak' yg jd surirumah sepenuh masa kat rumah, 24hrs dgn anak, jd anak rasa byk masa dgn Mak..
ReplyDeleteSama juga mcm Ayah dan Mak yg bekerja..masanya pun jd kurang bersama...kann
Anak2 aje yg kena pandai jaga hati org tua x kira mak atau ayah.. :)
Suzieyla: Memang pengorbanan ibu tiada tandingannya...
ReplyDeleteBoleh..share la Suzie.. :)